16 Ogos 2013

Posted by jinson on 16.8.13 No comments
Elle Macpherson Sudah Kahwin Dengan Jeffrey Di Fiji 
Model Elle Macpherson dilaporkan sudah pun mengahwini teman lelakinya yang juga seorang hartawan iaitu Jeffrey Soffer pada hujung minggu lalu di kepulauan Fiji dengan bersaksikan rakan terdekat serta kaum keluarga yang rapat. Sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin, mereka terlebih dulu telah bertunang pada Mac lalu. Elle Macpherson yang merupakan model kelahiran Australia mula berdating dengan ejen hartanah terkemuka itu pada 2010 dan kemudian kembali menyambung semula percintaan mereka pada musim luruh 2012, sebelum memutuskan hubungan cinta mereka pada awal 2012. Apapun, perkahwinan pada hujung minggu ini bakal menjadi perkahwinan kedua buat Elle Macpherson yang sebelum ini pernah mengahwini jurugambar Perancis, Gilles Bensimon dari 1986 hingga 1989. Elle MacPherson juga memiliki 2 anak bersama bekas teman lelaki Perancisnya, Arpad Busson. Mereka juga pernah tinggal bersama selama 9 tahun.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog