12 Julai 2013

Posted by jinson on 12.7.13 No comments
Wow! Nabila Huda Melaram Habis Di AucklandWow! Melihat gaya dan penampilan pelakon popular Nabila Huda yang sedang menjalani penggambaran drama di Auckland, New Zealand, tidak tumpah bagaikan seorang superstar terkenal antarabangsa. Anak kepada lagenda rock terkemuka, Amy Search itu sememangnya miliki gaya tersendiri dan bijak menyuaipadan persalinannya dalam cuaca dingin negara Kiwi berkenaan. Malah menerusi foto yang dikongsikan pelakon berkenaan di laman Instagram (kupu_kupu) miliknya, Nabila turut tampil dengan warna rambut terbaru yang sekaligus menaikan seri penampilan wanita genit itu. Cuaca dingin yang menyelimuti bandaraya Auckland bukanlah alasan untuk Nabila Huda tampil dengan jaket tebal bewarna gelap atau hitam, sebagaimana pilihan yang lazim. Sebaliknya Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 itu bijak memilih kepelbagaian jenis jaket seperti jaket military, tartan (berkotak), merah jambu atau hijau padu yang diseragamkan dengan skaf pelbagai corak bagi membaluti lehernya agar tidak ditiupi angin. Lebih menarik perhatian apabila Nabila Huda telah menggayakan beberapa jenis sepatu Dr Martens dan boot hitam sampai ke lutut. Ini membuktikan dia sememangnya bijak berfesyen dan memiliki citarasa yang kuat dalam bergaya. Dalam salah satu foto juga, Nabila Huda kelihatan hanya menyarungkan overall denim biru cair yang digayakan bersama skaf merah jambu bagi membutikan personaliti dirinya yang bersahaja tetapi tetap bergaya. Memang benar, mungkin gaya rambut terbarunya telah memberi impak yang cukup menyerlah apatah lagi apabila dia tidak pernah lekang dengan cermin mata hitam pelbagai gaya kala mundar-mandi di lokasi penggambaran. Inilah citarasa gaya seorang bintang popular yang sama sekali tidak statik tetapi penuh dengan variasi sesuai dengan usia, personaliti serta susuk badan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog