12 Julai 2013

Posted by jinson on 12.7.13 No comments
Anak Aamir Khan, Junaid Lebih Gemar Jadi Pengarah Filem?MUMBAI, 12 JULAI 2013: Tidak seperti bapanya Aamir Khan yang ketika ini masih digelar sebagai salah seorang daripada King Khan apabila masih berjaya menguasai industri Bollywood dengan filem-filem dan lakonan yang mengesankan, Junaid Khan yang kini sudah berusia 18 tahun sebaliknya lebih suka berada di belakang tabir untuk bikin filem. Tak tahulah samada dia memang tidak berminat untuk berlakon atau sebaliknya, namun Junaid baru-baru ini dilaporkan telah menjadi pembantu pengarah untuk Rakjumar Hirani dalam film terbarunya, Peekay. Filem itu juga bakal menyaksikan penglibatan Aamir Khan sebagai teraju utamanya. "Saya yang cadangkan pada Junaid supaya dia mempelajari selok-belok mengenai pembikinan filem kerana dengan cara inilah dia dapat mempelajari banyak perkara tentang dunia perfileman Bollywood. "Masih terlalu awal untuk membuat pilihan sama ada dia akan terlibat dalam bidang lakonan atau pun pengarahan. Semuanya di tangannya untuk memilih mana yang lebih sesuai untuk jiwanya nanti. "Dengan pengalaman yang dikutipnya itu, ia di harap akan dapat membantunya untuk membuat keputusan tentang pilihan kerjayanya. Ia pasti akan berguna buat dirinya untuk jangka masa panjang," kata Aamir Khan.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog