12 Julai 2013

Posted by jinson on 12.7.13 No comments
Artis Yang Tidak Puasa Itu Bukan Saya - Lana NordinAktres seksi, Lana Nordin menafikan bahawa dirinya adalah artis yang telah dicekup akibat tidak berpuasa serta berjudi dalam laporan akhbar Sinar Harian semalam. Menerusi laporan Harian Metro hari ini, aktres yang digelar Pamela Anderson Malaysia itu ketika dihubungi berkata adalah tidak masuk akal dirinya yang dicekup kerana sudah dua hari dia terlantar di rumah kerana sakit. Dalam laporan akhbar Sinar Harian semalam, seorang artis wanita berusia 30-an ditahan sewaktu sedang bermain mahjong dan meminum minuman keras di sebuah kafe siber yang turut menjalankan aktiviti permainan snuker di Bandar Puteri, Puchong. Berita disiarkan tidak menyatakan nama artis wanita terbabit, tetapi sebaik gambar disiarkan dan dimuat naik ke laman sosial ramai pihak membuat dakwaan bahawa orang dimaksudkan itu pelakon utama filem Chow Kit itu berdasarkan susuk tubuh dilihat dari belakang. Harian Metro kemudiannya menghubungi Lana namun aktres tidak dapat memberikan komen panjang mengenai dakwaan tersebut memandangkan keadaannya dirinya kurang sihat kerana menghidap demam panas dan batuk teruk. "Berita mana yang menyiarkan berita itu dan mengapa mereka mengatakan itu saya? Saya mahu melihat sendiri berita dan gambar itu. Kalau saya ditahan kelmarin tidak masuk akal kerana saya sudah dua hari terlantar di rumah kerana sakit. "Kalau lihat gambar dari belakang yang kini bersepah di internet, itu boleh jadi sesiapa sahaja", jelas aktres itu. "Bayangkan hendak bangun pun susah dan nak bercakap waktu sekarang ini pun sakit rasanya. Ibu saya terpaksa datang membantu saya buat masa ini kerana keadaan tubuh lemah," katanya. Serbuan yang dijalankan oleh Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) awal pagi semalam dilakukan setelah melakukan pemantauan dan hasil risikan untuk mendapat maklumat penuh tentang aktiviti perjudian tanpa mempunyai lesen sah dari pihak MPSJ.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog