12 Julai 2013

Posted by jinson on 12.7.13 No comments


KANGAR – Seorang budak perempuan berusia enam tahun maut selepas dipercayai dilanggar dari belakang oleh sebuah kereta Proton Saga ketika pertama kali membonceng basikal ke sekolah bersama kakaknya semalam. Kejadian pada pukul 7.10 pagi di Jalan Mata Ayer-Kampung Alor Lanchang, Arau di sini menyebabkan Nur Aleya Batrisha Mashrul Nusairi terpelanting dan meninggal dunia di tempat kejadian. Kakak mangsa, Nur Fatin Nabila, 10, cedera parah dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini. Nur Aleya merupakan murid prasekolah manakala kakaknya belajar di tahun empat di sekolah sama, Sekolah Kebangsaan Kubang Gajah yang terletak kira-kira dua kilometer dari rumah mereka di Taman Jejawi, Arau.  

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog