12 Julai 2013

Posted by jinson on 12.7.13 No comments



Memilukan apabila dua beranak yang rentung dalam kejadian kebakaran di sebuah banglo dua tingkat di Taman Pegawai Kanan Kerajaan di Assam Kumbang, Taping, tengah malam semalam, ditemui berpelukan. Peristiwa menyayatkan hati itu meragut nyawa Mohd Hakimi Zubair, 40, isterinya, Leila Sahak, 40, anak bongsu mereka, Ahmad Faris, 3, serta pembantu rumah mereka dikenali Riski, 40-an yang berasal dari Sumatera, Indonesia. Tiga beranak dan pembantu rumah mereka itu berada di tingkat atas terperangkap dan terhidu asap tebal dalam kebakaran jam 12 tengah malam.



Mayat Leila dan Ahmad Faris ditemui rentung dalam keadaan berpelukan di satu sudut di bilik utama rumah banglo berkenaan. Bagaimanapun, empat ahli keluarga lain, termasuk bapa kepada Mohd Hakimi, Zubair Puteh, 73, dan tiga lagi anaknya, Luqman Hafiy, 13, Ain Najwa, 11 dan Azad Fahmi, 8, yang tidur di tingkat bawah dapat menyelamatkan diri dan tidak cedera.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog