11 Julai 2013

Posted by jinson on 11.7.13 No comments


Bapa mertua kepada ulamak Salafi Mesir, Syeikh Abu Ishaq Huwaini (gambar) hari ini terbunuh selepas ditetak di kepala oleh sekumpulan samseng upahan (baltoji) sejurus keluar dari masjid. Mangsa yang berusia lebih 80 tahun diserang oleh kumpulan samseng "Tamarrud" selepas beliau ditengking dengan berkata "Muka kamu macam Mursi" lalu mangsa dipukul dna ditetak hingga meninggal dunia. Jenazah beliau akan disembahyangkan di dataran Raba'ah malam ini.



9 ORANG DIKEHENDAKI DITUDUH DALANG TRAGEDI BERDARAH "SOLAT SUBUH" Pejabat Peguam Negara memerintahkan tangkapan 9 orang pemimpin Ikhwan dan kumpulan Islam kerana dituduh bersubahat dan punca berlakunya tragedi berdarah "Solat Subuh" di hadapan Bangunan Pengawal Republik dua hari lalu. Sembilan orang yang dikehendaki itu, mengetuai senarai ialah Mursyidul Am Ikhwan, Dr.Mohammed Bad'ie, Dr.Mohammed El-Beltaji (AJK FJP Pusat), Dr.Sofwat Hijazi (Setiausaha Agung Majlis Revolusi), Dr. 'Esom Eryan (Naib Presiden FJP), Abdur Rahman 'Izz (bekas pemuda 6 April), Dr.Mahmoud Ezzat (Naib Mursyidul Am Ikhwan), 'Esom Sultan (Naib Presiden Parti Wasat), 'Asim Abdul Majid (Anggota Majlis Syura Jamaah Islamiyah), Sofwat Abdul Ghani (Naib Presiden Parti Bina wa Tanmiyah) dan Mahmoud Husein (anggota Maktab Irsyad Ikhwan). Yang hairannya, yang menembak mereka yang sedang menunaikan solat Subuh ialah polis dan tentera tetapi yang dituduh puncanya ialah Ikhwan dan kumpulan Islam. Akhukum Abdul Malik
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog