11 Julai 2013

Posted by jinson on 11.7.13 No comments
Farid Kamil, Diana Danielle Sambut Puasa, Raya @Sydney? Sempena 1 Ramadan ini, pertama sekali, Murai Batu ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada semua umat Islam di dunia ini terutama kepada pelayar murai.com.my yang setia. Puasa hari pertama ni, rasa excited pun ada, letih pun ada bukan? Tapi Murai Batu harap semua dapat melaksanakan ibadah berpuasa ini dengan sempurna. Chewahh macam berceramah pula Murai Batu ni kan? Baiklah, pada bulan Ramadan yang mulia ini, jangan salah faham kerana Murai Batu bukan lah nak mengata mana-mana artis tapi nak memuji sikap aktor kacak, Farid Kamil yang dengarnya sanggup mengambil cuti yang panjang untuk menemani isterinya, Diana Danielle yang baru saja melahirkan cahaya mata sulung mereka di Sydney, Australia pada 2 Julai lalu. Ada sumber yang memberitahu Murai Batu, Farid telah bercuti sejak sebelum beberapa hari Diana bersalin dan akan meneruskan cutinya di sana sehingga pertengahan Ogos ini. Maknanya, dia bukan sahaja menemani Diana yang sedang berpantang di sana, malah turut sama menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri ini dengan isteri tercintanya itu di sana. Al-maklum, perantauanlahkan... Wah mesti bestkan sambutan raya mereka tahun ini sebab mereka bukan saja dapat menyambut secara berdua tetapi sekali dengan baby boy mereka yang masih belum diketahui namanya itu. Korang dah tengok belum wajah anaknya yang dimuat naikkan dalam laman Instragram? Rugilah kalu tak tengok lagi kerana Murai Batu sendiri geram tengok wajah comel baby boy mereka yang ada iras-iras ala mat salleh iaitu darah keturunan ibunya. Teringin pula Murai Batu nak lihat sendiri wajah baby boy mereka. Agaknya bilalah Diana ingin kembali ke Malaysia dan memulakan kerjaya lakonannya seperti biasa kan? Tak mengapalah, Murai Batu pun faham, Diana baru sahaja melahirkan bayinya dan masih dalam proses berpantang. Mana tahu selepas berpantang dia akan balik ke Malaysia untuk seketika dan bertemu dengan peminat. Lagipun dia sedang menyambung pengajian di sana. Apa-apa pun, Murai Batu harap Diana dan baby diberikan kesihatan yang baik di sana walaupun terpaksa menjalani ibadah puasa. Harapnya, lebih banyaklah foto anaknya itu dimuat naik ke Instragram, bolehlah, Murai Batu dan peminat menatap wajah comel bayinya dan mengubat rindu pada Diana yang sudah agak lama meninggalkan Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog