11 Julai 2013

Posted by jinson on 11.7.13 No comments
KesSahNya:Baby Diana Danielle Bersaing Dengan Anak RitaKUALA LUMPUR, 10 JULAI 2013: Berita kelahiran cahaya mata pelakon Diana Danielle yang disahkan sendiri oleh suaminya, Farid Kamil pada minggu lalu sedikit sebanyak telah mengikis dakwaan ramai pihak yang sebelum ini telah menyebarkan gossip kononnya pelakon wanita itu sudah bersalin lebih awal daripada tarikh yang sepatutnya iaitu pada penghujung Mei lalu. Malah, berita kelahiran bayi lelaki pasangan yang dilahirkan di Sydney, Australia ini menjadi perhatian ramai masyarakat terutama pelayar murai.com.my untuk membaca artikel berkenaan. Sehinggakan jumlah pembaca untuk cerita itu telah meningkat dan berjaya memasuki Carta KesSahNnya minggu ini. Selain berita kelahiran bayi lelaki Farid Kami dan Diana Danielle, artikel mengenai anak lelaki sulung Rita Rudaini iaitu Rayyan, juga turut menarik ramai pembaca di murai.com.my pada minggu lalu adalah apabila anak kecil itu dikatakan cemburu bila melihat ibunya didekati seseorang . Namun siapakah seseorang itu? Jangan lupa saksikan KesSahNnya minggu ini bersama hosnya Ieka. Top 3 KesSahNya pada minggu ini juga dilengkapkan juga dengan sebuah artikel yang tidak kurang banyakanya mendapat jumlah pembaca tertinggi di murai.com.my iaitu mengenai Fida Ibrahim yang diterima masuk ke Akademi Fantasia 2013. Sementara itu, kisah mengenai sikap romantik aktor kacak, Adi Putra dalam drama bersiri Teduhan Kasih yang memikat ramai peminat pula telah dipilih untuk segmen Seleb Vs Geng Murai minggu ini. Ramai yang memberikan komen terhadap artikel mengenai Adi Putra itu, namun hanya satu sahaja komen yang dipilih dan dibaca di dalam segmen ini. Ingin tahu kisah selanjutnya? Jangan terlepas menonton KesSahNnya di bawah ini.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog