11 Julai 2013

Posted by jinson on 11.7.13 No comments
Jaclyn Victor Minta Izin Nyanyi Sedetik Lebih Dari Anuar Zain
Penyanyi Jaclyn Victor atau lebih mesra disapa sebagai akui bahawa dia telah mendapatkan keizinan daripada Anuar Zain untuk merakamkan semula lagu Sedetik Lebih untuk dimuatkan di dalam album terbarunya, Ikut Rentakku. Album ini merupakan album pertama Jac dan KRU Music dan yang kelima untuk karier seni Jaclyn Victor. Menariknya, penglibatan Jac menjadi artis naungan Kru Music sebenarnya bermula di p[ntas Anugerah Juara Lagu ke-26 yang mana dia ketika itu telah menggantikantempat Anuar Zain untuk membawakan lagu Sedetik Lebih. Lagu ciptaan Edry Abdul Halim yang merupakan lagu tema untuk filem Merong Mahawangsa itu telah dibawakan Juara Malaysian Idol pertama (2004) ini dengan bgeitu baik sekali dan lantas dengan itu, KRU Music terus tidak teragak-agak untuk menyunting Jac bernaung dibawah pengurusan muzik mereka. "Album Ikut Rentakku adalah album pertama saya bersama KRU Music dan saya akui sangat teruja menantikan reaksi peminat yang menyokong saya selama ini. Tetapi saya memang serahkan segala-galanya kepada Edry Abd Halim. "Saya turut rakamkan semula Sedetik Lebih setelah ia mendapat perhatian ketika persembahan saya di AJL tabun lalu. Jadi lagu tersebut turut dimuatkan dalam album ini bersama beberapa single daripada filem 29 Februari. "Tetapi kepada mereka yang lebih meminati versi Anuar Zain, jangan risau kerana saya membawa lagu ini dalam cara saya sendiri. Namun begitu, siapa pun boleh tidak boleh mempertikaikan kehebatan Anuar Zain. Saya ada menghubungi Anuar sekadar memberitahu perkara ini ini kepada dia dan dia tidak ada apa-apa masalah dengan tindakan saya merakamkan semula lagu ini," katanya. Sudah memiliki 4 album penuh sepanjang penglibatannya selama 9 tahun ini, hits-hits seperti Gemilang, Wajah, Satu Harapan, Ceritera Cinta dan banyak lagi meletakkan Jac dalam kelasnya tersendiri. Kekuatan dan keunikan vokal yang jarang-jarang ditemui di negara ini juga membuatkan Jac lebih menonjol berbanding penyanyi kelahiran program realiti lain. Bagi menyemarakkan tahun 2013, Jaclyn Victor sekali lagi tampil dengan album terbaru berjudul Ikut Rentakku dan album ini juga merupakan album sulung beliau di bawah syarikat rakaman KRU Muzik. Selain daripada itu, senarai lagu hebat dan kelantangan vokal Jaclyn Victor, sudah pasti terdapat kelainan dari segi susunan muzik dengan sentuhan berbisa komposer Edry Abdul Halim (penulis dan pencipta lagu tersohor tanah air). KRU Muzik juga yakin album Ikut Rentakku mampu dipasarkan secara meluas melalui pasaran fizikal dan digital tempatan sekaligus menarik minat umum untuk memiliknya. Jaclyn Victor mempertaruhkan "Ikut Rentakku" sebagai single terbarunya bersama KRU Muzik (selepas "Sebelah Jiwaku" dan "Jagalah Diri") dansingle tersebut telah pun mula diputarkan di stesyen-stesyen radio tanah air dengan respon yang sangat positif. Album IKUT RENTAKKUtelah pun dipasarkan secara digital di iTunes, YouTube dan Ring Back Tone di semua syarikat telekomunikasi dan akan di pasarkan secara fizikal di seluruh cawangan Speedy, Music Valley dan Rock Corner berhampiran anda bermula pada 28 Jun 2013. Peminat juga boleh membeli album melalui United Studios Facebook. Me\riknya IKUT RENTAKKU memuatkan 8 buah lagu hebat secara keseluruhannya dan antaranya ialah seperti Sebelah Jiwaku, Jagalah Diri (lagu tema filem, "29 Februari"), Ikut Rentakku, Magical Moment, sebuah lagu istimewa yang dililhamkan bersama Edry dan Shawn Rivera, nyanyian duet Jac dan Az Yet (sebuah kumpulan vokal yang amat terkenal pada tahun 90-an) Senafas Baru, Bersama Kamu, Hilang, d#o3an rakaman istimewa Sedetik Lebih.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog