11 Julai 2013

Posted by jinson on 11.7.13 No comments
Nur Fatima: Suami Saya Tidak Sabar Hendak Berpuasa!Kalau Farid Kamil dan isterinya, Diana Danielle berada di perantauan iaitu Sydney, Australia untuk menyambut kedatangan bulan ramadan serta melaksanakan ibadat puasa yang kebetulan jatuh pada hari yang sama pada hari ini, lain pula halnya dengan Nur Fatima. Pernah hits dengan lagu Tiada Ertinya, Nur Fatima atau nama sebenarnya Nur Fatimah Abdul Wahab kali ini menyambut kedatangan bulan ramadan serta melaksanakan ibadat puasa di Sydney bersama suaminya, Geoffrey Leonard Wainwright yang merupakan penduduk tetap serta bertugas sebagai pegawai kerajaan di sana. Geoffrey Leonard Wainwright atau nama Islamnya, Muhammad Jeffrey Wainwright memeluk agama Islam pada 30 Jan 2013. Nur Fatimah dan Jeff kemudian mengikat tali pertunangan pada 1 February 2013 sebelum bernikah di majlis Masjid Muadz Setiawangsa dalam suasana yang cukup sederhana pada 10 Mei 2013. Apapun, portal Murai berkesempatan untuk bertanyakan Juara Golden Teen Search tahun 1999 dan Komposer muda berpotensi Anugerah MACP 2008 mengenai sambutan puasanya di sana, apatah lagi bila menyambutnya bersama suaminya yang bukan Melayu serta baru saja memeluk agama Islam. Menurut Nur Fatima, dia sebenarnya agak seronok dan angga kerana mempunya suami sangat memahami dan senang menyesuaikan diri dengan agama dan budaya kita, dia suka belajar sesuatu yang baru. Malah, sejak dari semalam lagi, dia sendiri pun tak sabar nak berpuasa. "Pernah juga Nur cakap kalau tak dapat puasa penuh, cuba puasa separuh hari, tapi dia kata dia akan cuba puasa penuh. Lagipun musim sejuk di sini, siang amat pendek, jadi kalau boleh dia mahu gunakan kelebihan ini untuk berpuasa penuh. "Nur yakin suami Nur mampu berpuasa penuh dan kami juga ingin mengambil peluang ini bersama-sama untuk mendalami ilmu agama seperti belajar membaca doa, solat dan sebagainya. "Sebelum ini, kami pernah beraya bersama-sama di Malaysia Hall Sydney (waktu berdating) pada tahun lepas. Ternyata dia ia suka dengan budaya dan masyarakat kita yang gemar merendah diri serta sangat friendly," kata bekas penyampai berita 8TV ini kepada murai.com.my. Mengenai persiapan berbuka puasa pula, Nur Fatima yang juga popular dengan lagu Rindu dan Selembut Sutera berkata, menu untuk berbuka puasa di Sydney bukanlah satu masalah buat mereka. "Mujurlah di Australia ni senang dapat produk serta bahan-bahan makanan Asia atau Asean, jadi tidak ada masalahlah untuk Nur membeli belacan, kicap, asam jawa, kunyit dan sebagainya. "Kebetulan suami Nur memang suka makan masakan Melayu sebab katanya makanan Melayu sangat berasa dan dia juga tidak ada masalah untuk menikmati makanan yang pedas-pedas. Antara makanan kegemaran dia adalah bihun, nasi lemak, ayam masak merah, dan ayam masak lemak cili api. "Kami jarang makan di luar kecuali hari minggu dan kalau di rumah, memang Nur uruskan sendiri hal rumahtangga sepenuhnya seperti masak, mengemas rumah dan juga berkerja di rumah- home studio," katanya yang turut aktif mencipta lirik untuk penyanyi lain suatu ketika dulu. Di kesempatan ini, Nur Fatima juga turut mengambil kesempatan untuk mengucapna selamat berpuasa kepada seluruh keluarga, rakan-rakan dan kenalan-kenalan baru yang banyak mengambil berat dan membantu dia dan suaminya. " Nur juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat-peminat dan pihak media yang masih mengambil tahu perkembangan Nur walaupun Nur agak senyap sejak menetap di Australia. "Inya Allah Nur akan terus berkarya untuk berada dalam industri musick ini. Semoga bulan yang mulia ini dapat mendekatkan/ mengeratkan silaturahim sesama kita, dan hati dibersihkan dari segala keburukan dan kesedihan," katanya lagi. Nikmatilah lagu selembut sutera dari Nur Fatima.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog