11 Julai 2013

Posted by jinson on 11.7.13 No comments
Mamat Sepah: Dari Ducati Ke Mini Cooper RM300k Percayalah Murai Batu memang suka tengok kawan-kawan selebriti yang berjaya di dalam hidup mereka. Lebih-lebih lagi yang tahu menyimpan duit serta menggunakan duit mereka untuk membeli aset. Salah seorang selebriti yang Murai Batu lihat bijak menggunakan wangnya untuk membeli aset adalah Mamat yang dahulunya pernah bergabung dengan Jef dan Shuib dalam Sepah, tetapi kini bergerak solo selepas kedua-dua rakannya itu keluar dari kumpulan itu serta menubuhkan pula Sepahtu. Apa tidaknya, dulu waktu muncul dalam program amal Yok Sahur anjuran portal Murai pada tahun lalu, Mamat khabarnya telah sanggupo datang untuk menjayakan program itu dengan teman-teman bikersnya. Menariknya, dia telah membawa motorsikal berkuasa tinggi iaitu Ducati pada program itu. Sekarang ini, Murai Batu dengar Mamat sudah beli kereta pula. Keretanya yang dibeli Mamat pula bukan calang-calang iaitu mini cooper edisi terhad iaitu Mini John Cooper yang dikeluarkan pada tahun 1999. Teman Murai Batu dah tengok. Katanya, cantik sungguh. Very sporty. Sesuailah dengan jiwa Mamat yang sememangnya lasak tu. Dari hasil menelaah Murai Batu, kereta itu sekarang ni mengikut harga pasarannya lebih kurang RM300,000. Menurut teman Murai Batu, Mamat sudah pun membeli kereta itu sejak beberapa bulan yang lalu dan yang pentingnya ianya adalah Mini John Copper yang baru dan bukannya yang terpakai. Haa...Siapa cakap kerjaya pelawak tidak mampu menjamin kehidupan yang selesa? Murai Batu harap lepas ni, Mamat akan beli rumahnya sendiri pulak. Sebab, beli rumah ni untung sebab ia tak punya susut nilai.
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog