Sejak semalam industri hiburan tanah air kecoh mengenai pasangan pelakon yang dikatakan bergaduh besar gara-gara wujudnya orang ketika dalam hubungan mereka. Lantas si pelakon lelaki bertindak memutuskan hubungannya dengan pelakon wanita itu.
Pasangan ideal yang dimaksudkan itu adalah Pekin Ibrahim, 32, dan juga Uqasha Senrose, 21.
Bagaimanapun, ibu kepada Uqasha iaitu Rosmizai Mohd Nor memberitahu hubungan anaknya dengan Pekin masih belum berakhir dan menolak pasangan berkenaan sudah putus tunang.
Rosmizai, 45, berkata, dia masih lagi menunggu penjelasan daripada kedua-dua belah berhubung gosip berkenaan.
"Biasalah dalam tempoh pertunangan ini ada sahaja dugaannya, namun secara rasminya mereka belum putus.
"Uqasha ada beritahu saya tentang masalah dalam hubungannya dan sekarang saya tunggu mereka berdua untuk menjelaskan keadaan sebenar, apa yang berlaku," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.
Rosmizai berkata demikian ketika diminta mengulas khabar angin mengenai pertunangan pasangan berkenaan yang dikatakan sudah berakhir berpunca daripada orang ketiga.
Akhbar melaporkan aktor Sharnaaz Ahmad dikatakan menjadi punca kepada masalah berkenaan tetapi pelakon itu menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mahu bertemu dengan Pekin untuk mengetahui perkara sebenar sebelum membuat sebarang ulasan.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 6 Julai lalu.
0 ulasan:
Catat Ulasan