24 Oktober 2013

Posted by jinson on 24.10.13 No comments
foto-foto menarik perkahwinan raja azmi dan eddie
Tahniah kepada pasangan Raja Azmi dan Eddie CRK yang baru sahaja bergelar suami isteri yang sah dengan sekali lafaz pada 13 Oktober yang lalu.
Pasangan ini telah dinikahkan dengan mas kahwin RM300 dan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim. Majlis perkahwinan telah berlangsung di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya.
Pengantin perempuan dilihat mengenakan busana berwarna krim rekaan Variante manakala pakaian pengantin lelaki pula berwarna maroon dari Kose Serani. Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 tetamu jemputan. Selain mas kahwin, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar dulang. 
Pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran dan gelang tangan emas putih, dan dibalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan. Pasangan ini sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai lalu di rumah Raja Azmi di Ukay Perdana, Ampang
Kami dari portal Debot ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan Raja Azmi dan Eddie dan semoga perkahwinan ini berkekalan hingga ke akhir hayat buat kedua-dua mereka. Berikut ialah sebahagian dari foto-foto menarik ketika majlis pernikahan tersebut yang turut dihadiri bekas suami Raja Azmi sendiri, Jalani Sidek selain aktres terkenal era 90-an, Sofea Jane.



















0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog