Tahniah sekali lagi diucapkan kepada pasangan baru bertunang, Kanye West dan Kim Kardashian. Kita semua sedia maklum bukan senang untuk mereka bersatu. Kanye mengejar cinta Kim selama SEMBILAN tahun kot!
Sememangnya Kanye layak dijadikan contoh bahawa sesiapa pun mampu dapatkan wanita atau jejaka idaman.
Nak tahu bagaimana? Teruskan membaca!
“Ain’t no way I’m giving up”
(Jangan putus asa)
Kim pasti banyak kali menolak Kanye dengan alasan tidak mahu rosakkan persahabatan mereka namun Kanye tidak putus asa dan terus mencuba nasib. Logiknya begini, anak gadis terlalu banyak baca kisah dongeng tentang kisah cinta sempurna sehingga tidak beri peluang kepada lelaki pada cubaan pertama. Jika anda mencuba untuk yakinkan si gadis bahawa erti cinta sebenar bukan pada putera kacak yang mirip Zac Efron tetapi pada seorang lelaki yang tidak putus asa.
"You was always the cheerleader of my dreams. And I was the class clown that always kept you laughing, We were never meant to be, baby, we just happened,"
(Jadi kawan dahulu)
Pasangan sempurna ini bermula sebagai teman, baru jadi mesra. Hubungan terbaik adalah hubungan dibina atas dasar komunikasi dan persefahaman. Kanye dan Kim berkongsi minat sama daripada muzik sehingga ke citarasa fesyen, malah sangat comel ok cara Kanye tolong pilih baju untuk Kim!
Pengajaran di sini, jika anda cuba mengorat si dia dan tidak berjaya, jangan mengalah. Jadilah kawan si dia, kenali si dia dan berada disisi si dia. Tak lama lagi, mesti dia jatuh hati.
"And I admit I fell in love with Kim ... 'Round the same time she fell in love with him ... That's cool, baby girl, do your thing ... Lucky I ain't had Jay drop him from the team."
Ada satu pepatah mengatakan jika anda sayangkan seseorang, lepaskan dia. Jika dia kembali, bermakna perkara itu memang tertulis dalam siratan.
“Yesterday I was half the man you see. Baby that’s because you the other half of me”
Jika anda berjaya menangi hati si dia, pastikan melamar dia dengan cara betul.
Jangan di tengah-tengah pusat beli-belah. Fikirkan sesuatu yang romantis. Tidak semestinya sewa Stadium Bukit Jalil tetapi lakukan sesuatu yang beliau akan ingat selamanya.
Dengan itu, semoga berjaya. X
0 ulasan:
Catat Ulasan