Terkejut Admin saat diberitahu rupanya aktor, Sharnaaz Ahmad adalah orang ketiga yang menjadi punca kepada keretakan pasangan selebiriti yang sudah pun bertunang pertengahan tahun ini.
Malah, cintanya itu disambut baik oleh pelakon wanita itu sejak mereka digandingkan bersama dalam satu drama bersiri. Wah kira mereka ni pasangan cinta lokasi lah? Admin dengar, pelakon wanita ini pun seolah-oleh seperti lupa yang dia sudah pun menjadi tunangan orang sehingga beberapa kali kantoi yang mereka ini sering berhubungan menerusi telefon.
Lebih panas lagi, Admin dapat tahu tunang pelakon wanita itu yang juga seorang aktor terkenal akhirnya bersikap gentlemen apabila berhubung sendiri dengan Sharnaaz untuk bertanyakan kebenarannya.
Paling mengejutkan Admin dapat tahu, Sharnaaz telah berani mengakui yang dia sebenarnya benar-benar sudah terlanjur cinta dengan pelakon wanita putih gebu itu kepada tunangnya!
Wah berani betul ya?
Malah, Admindengar hubungan skandal mereka ini sudah pun bermula sejak sebulan yang lalu, malah mereka sering keluar bersama dan kadang-kadang pelakon wanita itu ada juga berkunjung ke rumah Sharnaaz.
Haih, Admin pun tak tahu nak kata apa. Harap, Sharnaaz boleh jelaskan apa yang berlaku.
0 ulasan:
Catat Ulasan