Isu rumah tangga gitaris Kamikaze yang kini selesa membawa diri sebagai pendakwah bebas, Sham atau nama sebenarnya, Shamril Mohd. Salleh merupakan antara isu paling hangat pada tahun lalu.
Ini kerana, pada waktu itu, Sham, 37, didakwa berkahwin dua dengan Nurul Halimin Md. Salleh dan perkahwinan tersebut berjalan tanpa keizinan isteri pertamanya, Farazilah Abdul Jabar.
Ia menjadi hangat apabila kononnya keluarga Nurul dikatakan kecewa dengan tindakan Sham yang menyembunyikan perkahwinan mereka yang berlangsung pada Januari 2013.
Isteri pertama Sham, Farazilah kemudian meminta cerai pada Ogos 2012. Padahal, pasangan tersebut memang telah bercerai sejak 1 September 2011 dan tidak merujuk penceraian mereka kepada pihak Mahkamah Syariah.
Menjawab mengenai tuduhan dia telah berkahwin dua, Sham berkata, "Itu tidak tepat sama sekali. Sebenarnya ini merupakan cerita lama dan saya telah memberitahu bahawa saya tidak berkahwin dua.
Saya tidak mahu bercakap mengenai soal ini dan saya percaya anda juga tahu mengapa.
Sebenarnya saya memang tidak berkahwin dua, sebaliknya saya telah berkahwin kali kedua setelah penceraian yang pertama, tetapi saya tidak akan memberitahu bila kerana saya ada sebab yang tertentu", katanya.
Sementara mengenai dakwaan yang mengatakan keluarga isteri kedua anda kesal kerana anda masih enggan mengakui sudah berkahwin malah Sham dikatakan mempunyai masalah dengan keluargamertuanya,
"Saya tiada sebarang masalah dengan keluarga mentua saya. Malah, dakwaan cerita yang tersebar itu sama sekali tidak benar", ujarnya.
0 ulasan:
Catat Ulasan