Sungguh tidak profesional. Itulah yang Admin boleh kategorikan dengan perkara yang terjadi terhadap pereka fesyen tempatan ini. Admin dapat tahu, designer yang semakin popular ini telah menjadi mangsa keadaan.
Al-kisahnya, sebelum menaja perkahwinan Black sebelum ini, pereka fesyen ini pernah banyak kali melibatkan diri dalam menaja da nmenyewakan pakaiannya kepada artis popular tempatan.
Yang pasti, pereka fesyen ini pernah menerima persetujuan untuk menyewakan pakaiannya kepada pengacara dan pelakon popular, Scha Al-Yahya.
Menurut sumber, pihak yang menjadi orang tengah kepada Scha telah pun meminta bantuan dari designer ini untuk menyewa baju darinya untuk dipakai Scha dalam sebuah majlis yang gah pada saat akhir.
Disebabkan yakin dengan kata-kata orang tengah itu,designer ini telah pun bersetuju menyewakan baju baru berkenaan kepada Scha.
Bagaimanapun, selepas majlis selesai, orang tengah Scha ini telah pun diam saja dengan memberikan pelbagai alasan seperti minta tangguh membuat bayaran duit sewa berkenaan.
Masih lagi bersabar dan memberi peluang kepada orang berkenaan, designer ini masih lagi berkerjasama dengan orang tengah itu dengan bersetuju pula untuk menaja perkahwinan Black yang difahamkan nilainya mencecah lebih RM50K.
Namun, selepas mempromosikan bahawa designer tersebut menaja perkahwinan Black, orang tengah yang sama itu meminta designer berkenaan tarik balik promosi yang diterima.
Yang paling tidak diterima, apabila designer itu meminta bayaran sewa baju Scha kepada orang tengah itu, dia telah melenting dengan mengatakan dia sudah pun membayarnya dengan publisiti yang diterima designer berkenaan terhadap perkahwinan Black.
Masih lagi tidak berpuas hati, Admin dengar cerita kedua-dua pihak ini masih lagi bertelagah.
Apapun, Admin agak tidak puas hati kerana masalah ini dikaitkan dengan artis popular yang tidak tahu punca sebenarnya masalah ini.
Jadi, Admin minta sangat kepada orang tengah ini jangan sesekali nak lepas tangan dengan menunding jari kepada artis yang diuruskan. Kelak merana diri.
0 ulasan:
Catat Ulasan