Malang memang tidak berbau. Begitulah yang terjadi pada pengarah drama yang tidak kurang lasernya iaitu Michael Ang sewaktu menjayakan penggambaran sebuah drama.
Tengah-tengah sibuk menjayakan penggambaran drama tersebut,tiba-tiba Michael Ang yang juga bekas bintang Masterchef Selebriti Malaysia 2 telah disengat tebuan.
Tak pasti pulak Admin berapa banyak tebuan yang menyengatnya itu.
Tapi, disebabkan sengatannya itu, muka Michael Ang bengkak habislah. Malah, ia secara tidak langsung turut menjejaskan fokus dan tumpuannya terhadap program realiti yang sedang dijayakannya ketika ini.
Bukan setakat itu saja, Admin turut diberitahu bahawa disebabkan sengatannya itu, Michael Ang terpaksa mendapat rawatan yang lebih lanjut di hospital pada Jumaat lalu.
Tak tahulah apa perkembangan Michael Ang susulan daripada rawatan tersebut. Tapi, Admin harap dan doakan agar semuanya akan okey-okey jer nanti buat Michael Ang.
0 ulasan:
Catat Ulasan