Enam minggu berjuang dalam Akademi Fantasia 2013 (AF2013), akhirnya perjuangan pasangan adik-beradik, Irmisa berakhir malam tadi dalam konsert keenam AF2013 yang berlangsung di Auditorium Cempaka Sari, Presint 3, Putrajaya.
Perjuangan Irmisa tamat selepas mendapat undian terendah berbanding tujuh peserta yang lain, menjadikan mereka peserta kelima meninggalkan AF2013 selepas Sani, Darren, Iman dan Nona yang tersingkir sebelum ini.
Irmisa yang dianggotai oleh Irsan Binti Sahabudin, 26, dan adiknya, Irmiza Binti Sahabudin, 23, telah menyampaikan lagu Teman Tapi Mesra nyanyian asal kumpulan Ratu dan penyingkiran mereka telah diumumkan sendiri oleh #inspirer Melly Goeslaw dan hos AF2013, Zizan Razak.
Penyingkiran Irmisa ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana saban minggu sebelum ini, mereka adalah peserta yang kerap kali berada dikedudukan terbawah senarai undian. Untuk minggu ini, mereka telah menerima 9.7% undian.
Pelajar yang mendapat undian terendah selepas konsert selain Irmisa adalah Suhada dengan peratusan undian sebanyak 10.4 % , manakala pelajar yang mencatatkan undian tertinggi adalah pasangan duo, Azhael iaitu 17.7 %.
Konsert minggu keenam ini juga turut dimeriahkan dengan kehadiran Fizo apabila beliau datang memberi kejutan kepada Amira yang sememangnya meminati beliau.
Sementara itu, Melly Goeslaw yang merupakan komposer dan penyanyi terkenal dari Indonesia juga telah pun mengakhiri tugasnya sebagai #inspirer dalam AF2013 setelah tiga minggu menjalankan tugas berkenaan.
Tiga pengkritik tetap minggu ini seperti biasa ialah Edry Abdul Halim, Sharifah Amani dan Roslan Aziz.
Dengan penyingkiran Irmisa itu, kini tinggal 7 bintang bakal meneruskan perjuangan bagi mencari siapakah bakal menjadi juara program realiti yang diberi nafas baru ini.
Anda juga boleh mengikuti perkembangan AF2013 serta barisan bintang-bintangnya menerusi AF Buzz yang akan ke udara setiap Isnin jam 9 malam, Diari AF bermula Selasa hingga Khamis, jam 9 malam serta Terus Gempak...
0 ulasan:
Catat Ulasan