23 Oktober 2013

Posted by jinson on 23.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Penerbit teater Maduku Kalut Mohd Amer Shafiq Khalip memohon maaf kepada beberapa pelakon yang terlibat dengan pementasan teater berkenaan atas kelewatan menjelaskan baki bayaran.
Shafiq atau lebih dikenali sebagai Shawn Amer berkata, kelewatan itu berpunca daripada pihak ejen tiket iaitu AirAsiaRedTic.com yang masih belum membayar hasil kutipan tiket pementasan berkenaan. "Saya memohon maaf dan tidak berniat pun mahu menangguhkan baki bayaran para pelakon yang terlibat. Ini merupakan produksi teater berskala besar pertama saya terbitkan berbanding projek teater sebelum ini yang hanya berskala kecil.
"Dan sudah tentu saya perlu menjaga reputasi diri agar nama tidak tercalar. Masalah ini berlaku disebabkan saya menggunakan ejen tiket dan pembayaran yang akan dibuat mengambil masa sedikit," katanya. Sebuah akhbar pada Selasa melaporan tiga pelakon utama Maduku Kalut, Jihan Muse, Nad Zainal dan Karl Shafek kecewa dengan Shawn yang masih belum menjelaskan baki bayaran mereka selepas hampir sebulan pementasan selesai.
Pementasan itu telah berlangsung bermula 27 hingga 31 September 2013. ihan berkata, di dalam kontraknya menunjukkan baki bayarannya akan dilangsaikan dalam tempoh seminggu selepas pementasan dan Nad Zainal menyifatkan penangguhan baki bayaran mereka melanggar kontrak yang sudah dipersetujui bersama. Karl pula meluahkan sikap lepas tangan penerbit tanpa sebarang penjelasan menunjukkan dia tidak profesional dan telus.
Sementara itu, Shawn berkata, dia berasa cukup terkilan dan pada masa sama lucu apabila ketiga-tiga pelakon berkenaan bertindak membuat kenyataan media berhubung isu berkenaan memandangkan dia telah berhubung dengan mereka menjelaskan situasi sebenar. "Saya terkilan mereka terus membuat kenyataan media secara melulu dan lucu pula rasanya apabila dikatakan cuba melarikan diri sedangkan saya menghubungi setiap pelakon berkenaan memberitahu akan kelewatan pembayaran mereka.
"Setakat ini saya telah melangsaikan bayaran kepada hampir semua yang terlibat dan hanya tinggal lebih kurang RM20,000 (jumlah keseluruhan) yang perlu dijelaskan kepada para pelakon. "Dan ada beberapa bayaran saya menggunakan wang peribadi dahulu," tuturnya. Dalam pada itu, Shawn berkata, pihaknya akan menjelaskan baki bayaran pada minggu ini dan berharap agar isu ini tidak dibesarkan pada masa akan datang.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog