Retak menanti belah. Itu gambaran yang boleh diberikan mengenai hubungan pasangan kekasih romantik yang mana kedua-duanya merupakan pelakon yang semakin disukai ramai. Namun dengarnya mereka telah bergaduh. Kalau dah namanya pasangan kekasih, gaduh-gaduh manja tu biasa lah, kan.
Tapi khabarnya pasangan ni bergaduh besar dan si lelaki berkeras mahu memutuskan hubungan mereka.
Kenapa pula? Menurut sumber, punca tercetusnya pergaduhan itu disebabkan si aktres dalam diam menjalinkan hubungan dengan lelaki lain. Individu itu juga merupakan seorang aktor yang tidak kurang hebatnya dan dia pernah menjalinkan hubungan cinta dengan seorang penyanyi terkenal sikit masa dulu.
Kedua-duanya mula rapat sejak mereka sama-sama menjalani penggambaran sebuah drama, baru-baru ini. Cinta lokasi lah ni?
Hmmm...
Nak dijadikan cerita, pelakon wanita itu dah kantoi dengan teman lelakinya. Tak cukup dengan berhubung menerusi Whats App dengan si orang ketiga berkenaan, si aktres yang berusia awal 20-an ni juga dikatakan telah ke rumah 'kekasih barunya' itu.
Bila ditanya, si wanita mengaku malah pihak ketiga juga mengaku mengenai hal tersebut. Berang bukan kepalang lah si pelakon lelaki tadi bila dapat tahu kebenarannya. Ibu bapa si aktres pun turut mengamuk apabila mendapat tahu anak dara mereka belum juga berubah perangai.
Dengarnya, ini bukanlah pertama kali pelakon wanita itu terjebak dengan cinta lokasi kerana pernah berlaku sebelum ini. Tapi dek kerana terlalu sayang, si pelakon lelaki tadi memaafkan kekasih hatinya itu. Bahkan si pelakon lelaki tak kisah pun dengan beberapa perangai buruk dan sejarah hitam si pelakon wanita itu yang sebelum, sebelum ini. Iyalah orang kata, kalau dah suka dan cinta, terima lah seadanya. Kan.
Tapi siapa yang boleh tahan kalau kesabaran sengaja diuji.
Bila dapat tahu saja buah hatinya itu curang, maka si pelakon lelaki itu berkeras mahu memutuskan hubungan mereka. Si pelakon lelaki itu langsung tak melayan kerenah apatah lagi mohon maaf yang entah ke berapa kali dari teman wanitanya itu.
Kasihan pula Admin pada si pelakon lelaki itu. Iyalah, menerusi berita-berita tentang cinta mereka yang tersiar di media sebelum ini, si pelakon lelaki itu nampak bersungguh dan serius dengan hubungan mereka.
Malah walaupun mereka hanya baru bercinta lebih kurang 8 bulan, si pelakon lelaki itu cukup yakin yang kekasihnya adalah orang yang tepat untuk dijadikan suri hati.
Kalau tidak, masakan si pelakon itu sanggup berbelanja besar semasa majlis merisik mereka yang diadakan beberapa bulan lalu. Sampaikan dia sanggup berhabis puluhan ribu ringgit untuk membeli hadiah buat si buah hatinya (punyalah sayang, tapi itu dulu lah...). Dan sepatutnya mereka merancang nak berkahwin tahun hadapan. Tapi begini pula jadinya. Hmmm.
0 ulasan:
Catat Ulasan