23 Oktober 2013

Posted by jinson on 23.10.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Lagi berita mengenai beliau. Err.. maksud kami, YB Khairy Jamaluddin (KJ). Jadi rasanya boleh lah kami isytiharkan yang minggu ini adalah minggu KJ. Kerana sekali lagi untuk minggu ini, suka kami kongsikan tentang Ketua Pemuda UMNO yang segak bergaya yang semakin mencuri tumpuan dalam dunia hiburan tanah air sejak dua tiga hari ini.
Tapi kali ini lebih menarik kerana siapa sangka, KJ sebenarnya punya bakat berlakon. Bakat tersebut dibuktikan menerusi lakonannya dalam filem pendek arahan bekas ratu cantik Malaysia dan pelakon, Elaine Daily berjudul 'Inspektor Mastura'. Dalam filem pendek ini yang diterajui oleh Sharifah Aleya, Beto Khusairy dan Adibah Noor ini menampilkan KJ yang memengang watak sebagai penjual ayam percik di sebuah pasar malam.
"Sebenarnya ia secara kebetulan. Sewaktu saya menulis skrip saya terfikir yang watak ini sesuai kalau dipegang oleh KJ. Walaupun penjual ayam percik, tapi dia perlu nampak tampan. Macam mana saya terfikir untuk menawarkan watak itu pada KJ? Segalanya bermula sewaktu saya menjadi juri untuk Pertandingan Debat Piala Perdana Menteri. Masa tu KJ juga adalah salah seorang jurinya.
Masa tu dia belum jadi YB lagi. "Jadi saya tawarkan watak itu padanya. Mulanya dia bertanya adakah kemunculannya itu untuk sesuatu yang baik, dan saya katakan sudah semestinya kerana filem saya ini untuk memberi inspirasi kepada kaum wanita. Dan beliau terus bersetuju. "Dia set beliau seorang yang profesional. Beliau hafal semua dialog beliau dan melakonkan babaknya dengan hanya dua kali take saja", katanya Elaine Daly sewaktu ditemui pada sidang media Ikal Mayang bertempat di GSC The Gardens, semalam.
Ikal Mayang merupakan sebuah filem antalogi yang mewakili suara hati wanita Malaysia. Selain karya Elaine, lima filem pendek akan yang terpilih ialah 1-800 Baby (arahan Datin Sofia Jane), Pantang (arahan Vanida Imran), Jerat Suami (arahan Dira Abu Zahar) dan Odah (arahan Junaidah M. Nor). Keenam-enam filem pendek ini akan ditayangkan di Astro First Saluran 480 mulai 7 November ini.

Elaine Daily bersama dua lagi pengarah, Datin Sofea Jane dan Dira Abu Zahar.Sementara itu, bercerita lanjut mengenai subjek yang dipilih Elaine iaitu polis wanita mulanya tidak percaya pada cinta tetapi akhirnya jatuh cinta dengan penjual ayam percik, katanya dia memang tertarik pada keperibadian anggota polis wanita. "Saya memang obses tentang polis wanita dan saya mengikuti banyak tetag kes jenayah. Dalam kajian saya pun, setiap polis wanita, mereka sebenarnya mempunyai sejarah hidup tersendiri. Dan saya memang ciptakan karakter polis wanita yang bertudung. Sebab saya rasa dalam ketegasan dan lasak seorang polis wanita itu, dia sebenarnya nampak manis bertudung. "Inspektor Mastura (lakonan Sharifah Aleya) adalah tentang harapan dan kepercayaan seorang wanita. Sebagai seorang perempuan, Mastura mengalami dilema dan cuba melindungi hatinya daripada perasaan cinta. Walaupun Inspektor Tahir (Beto) telah meluahkan perasaannya kepada Mastura namun tidak berbalas. Tetapi bila hatinya terbuka untuk berkahwin, Mastura memilih si penjual ayam percik", ujarnya yang mengambil masa hanya dua hari untuk menjalani penggambaran filem tersebut. Impresif, karya pertama arahanya ini telah merupaka salah satu daripada lima lagi karya terpilih dan telah diketengahkan di Festial Filem Antarabangsa Busan yang ke-18, baru-baru ini. Justeru pengacara program Bella ini memberitahu, pengalaman sewaktu membawa hasil kerjanya di Korea itu dijadikan batu loncatan untuknya terus mengarah dan menghasilkan filem yang baik pada masa akan datang.

.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog