"Gambar itu adalah untuk koleksi peribadi saya," kata Yasmin Hani Richardson kepada portal gua.com.my ketika diminta mengulas mengenai penyebaran meluas gambar yang menayangkan keseluruhan perutnya yang sedang hamil.
Gambar yang menampakkan bahagian perut Yasmin Hani yang dilukis dengan objek dedaun itu yang itu mendapat kecaman serta kritikan daripada peminat. Malah, mereka turut mempersoalkan mengenai tindakan pelakon itu yang seolah-olah tidak peka dengan sensitiviti masyarakat. Menurut laporan portal itu, Yasmin Hani akui sedih kerana foto itu telah tersebar luas sedangkan foto itu dilakukan sendiri oleh anak saudara perempuannya yang suka akan kerja-kerja seni.
"Saya sedih dengan mentaliti orang kita sekarang. Kalau artis saja, semua benda salah. Gambar itu bukan untuk tatapan umum tapi sebenarnya untuk simpanan peribadi saya sendiri. Lukisan tersebut dilakukan oleh anak saudara perempuan saya di mana dia memang suka buat kerja-kerja seni sebegini. "Kenapa bila saya 'post' perkara tentang kebajikan, tak nak pula mereka sebar-sebarkan?
Saya tahu saya tak sempurna tapi saya tak pernah ceroboh privasi orang apatah lagi mengaibkan orang. Saya hormat orang lain dan saya rasa sedih sangat bila mereka buat saya begini. "Saya harap individu yang gemar sebar aib orang ini dapat muhasabah dirinya dan berhenti mengaibkan orang. Lebih baik luangkan masa dengan buat perkara yang bagus untuk tingkatkan prestasi sendiri.
Jangan asyik nak cakap pasal kisah dunia akhirat orang lain saja," luahnya lagi kepada portal tersebut. Yasmin Hani yang merupakan isteri kepada Shaarin Razali itu kini sedang hamil 32 minggu.
0 ulasan:
Catat Ulasan