Namanya masih boleh dianggap asing bagi pencinta muzik tanah air. Namun Terryana Fatiah atau lebih mesra dengan panggilan Terry bersyukur dan bangga kerana karier nyanyiannya kini sudah mula menapak di Malaysia
. Menerusi kolaborasi duet bersama Aril, menerusi single Tulus, penyanyi berusia 29 tahun ni berharap kehadirannya dapat diterima peminat di sini. Sinonim dengan lagu-lagu balada, malahan gadis kacukan Minang-Arab-Jerman ini sendiri memberitahu, di negaranya dia lebih dikenali sebagai 'penyanyi air mata'. Sebelum bergelar penyanyi solo, Terry merupakan penyanyi latar kumpulan Dewa dan penyanyi Audy. Menariknya Terry mula dikenali di Seberang menerusi lagu Janji Manismu nyanyian Aishah yang dinyanyikannya semula.
Lagu tersebut dimuatkan di dalam album sulungnya yang direlease sekitar tahun 2006. "Sewaktu saya cover lagu Janji Manismu, saya berharap lagu ini boleh bawa saya ke Malaysia satu hari nanti. Syukur, akhirnya saya ke sini. "Sebenarnya lagu tersebut adalah atas pilihan produser saya dan dimuatkan dalam album pertama saya. Waktu merakamkan semula lagu itu saya belum kenal siapa Aisyah. Tapi saya difahamkan lagu itu memang lagu hits sekitar 1984, iaitu juga tahun saya lahir.
"Saya bangga dapat menyanyikan lagu itu dan dapat memperdengarkannya kepada mereka yang sebaya dengan saya", katanya yang sudah berkecimpung dalam dunia nyanyian sejak sembilan tahun lalu. Terry ditemui pada majlis pelancaran single terbaru Tulus, duetnya bersama Aril, bertempat di Ben Restoran, Publika, semalam.
Dalam pada itu Terry juga meluahkan keinginannya untuk bertemu dengan Aishah bahkan berhasrat mahu berduet dengan figura yang kini telah menceburi dunia politik itu. "Saya ingin bertemu dengan Aishah tetapi belum punya kesempatan.
Selain itu kalau diberi peluang saya mahu cover lagu Isabella (Amy Seacrh) dan Bukan Cinta Biasa (Dato' Siti Nuhaliza)", tuturnya yang ini dalam proses pembikinan album ketiga. Selain itu Terry lokek berkongsi yang dia kini sedang menjalin hubungan cinta dengan pelakon muda, Agung Saga sejak setahun lalu.
"Ya, hubugan kami sudah setahun. Kami gembira malahan peminat-peminat saya juga turut merestui hubungan kami. Tapi setakat ini belum ada perancangan untuk bernikah", katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan