20 September 2013

Posted by jinson on 20.9.13 No comments
Nora-Nadia-Danish-Kardashians-Malaysia/
Adik-beradik selebriti jelita, Nora dan Nadia Danish sering mendapat perhatian ramai, bukan kerana wajah comel seiras serta gaya fesyen mereka yang menarik, namun kali ini mereka berjaya menarik perhatian kami kerana kami rasakan seolah-olah ada persamaan antara adik-beradik Danish ini dengan satu lagi keluarga adik-beradik selebriti jelita, iaitu keluarga Kardashian.

 Mengapa kami berkata demikian?

 Mari lihat sebab berikut. Adik-beradik perempuan semua warisi kejelitaan ibu Memanglah genetik bapa menyebabkan anak lelaki kacak, namun sekiranya miliki ibu jelita, tidak mustahil anak perempuan semua akan warisi kejelitaan ibu. Tengoklah bagaimana Kim, Kourtney, Khloe, Kendall dan Kylie semua warisi kejelitaan Kris Jenner. Sama juga dengan adik-beradik Nora Danish yang semua mengikut wajah ibu mereka, Sally Taib yang tidak dimakan usia itu.

 Satu keluarga terkenal kerana adik mereka

 Keluarga Kardashian hanya terkenal kerana Kim dan kontroversi filem lucah beliau. Adik-beradik Danish baik lagi, kerana mereka terkenal kerana taraf selebriti Nora yang merupakan pelakon kesayangan Malaysia.

Perniagaan sekeluarga

 Keluarga Kardashian sangat rapat sehingga berniaga bersama-sama melalui butik fesyen, Dash mereka. Adik-beradik Danish pun sama, melalui perniagaan bedak Tanaka yang dikatakan bantu menyerikan kulit muka.

 Adik-beradik penuh swag

 Kardashians yang dikaitkan dengan penyanyi rap Kanye West dan pemain bola keranjang, Lamar Odom memang tidak dapat dinafikan ketua swag kalau ada. Namun keluarga Danish tidak akan mengalah, tengoklah gaya Nora dan Nadia serta teman-teman mereka. Memang terbuktilah adik-beradik Danish ini merupakan Kardashian versi Malaysia.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog