20 September 2013

Posted by jinson on 20.9.13 No comments
Ziana Zain: Penampilan Luaran Itu Sangat Penting!
Salah seorang panel juri tetap untuk rancangan Ratu Rania telah sudi berkongsi tips untuk tampil menyerlah pada pertemuan pertama bagi apa jua acara mahupun majlis yang anda kunjungi.
 Penyanyi dan pelakon terkenal, Ziana Zain memang merasakan penampilan dapat membentuk keyakinan diri apabila perhatian diberikan kepada seseorang yang bijak mengolah gaya. "Bagi saya, penampilan luaran amat penting untuk membentuk keyakinan diri dan memberi 'first impression' yang baik kepada orang ramai. Oleh sebab itu perkara pertama yang dinilai oleh saya adalah penampilan.
 Kita mahukan seorang wanita yang boleh diangkat sebagai ratu. Selain itu, penyanyi cantik ini juga memberi tahu bahawa masih lagi ada penampilan beberapa peserta Ratu Rania yang tidak begitu konsisten. Ziana bakal bergandingan bersama Rozita Che Wan dan Rizalman Ibrahim akan bertanggungjawab untuk menjadi juri tetap bagi program realiti Ratu Rania yang akan bersiaran pada jam 9.30 malam ini di saluran Astro Prima (saluran 105) dan Astro Maya HD (saluram 135) secara serentak.
 Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Namanzee Harris, Ratu Rania sesuai untuk tontonan seisi keluarga dan ia seiring dengan misi saluran ini yang kini ingin mengukuhkan jenamanya menjadi saluran keluarga pilihan dengan menyiarkan rancangan realiti seperti itu. "Kami menyediakan platform kepada golongan yang meminati genre program pencarian berkonsepkan realiti dan kami percaya program ini dapat mencuri perhatian ramai sekaligus mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penonton." ujarnya ketika ditemui pada majlis sidang media memperkenalkan sepuluh finalis Ratu Rania.
 Program ini terbuka kepada semua wanita Malaysia yang berusia diantara 30 hingga 45 tahun dan selama sepuluh minggu mereka harus memperlihatkan pesona ratu ideal melalui cabaran yang bakal menguji kekuatan fizikal dan mental serta membuktikan keazaman mereka untuk menjadi sumber inspirasi sekaligus merebut gelaran juara.
 Sepuluh finalis terdiri daripada Aida ( Normazuraida Zakaria, 34, Kelantan), Bee (Rabihah Harun, 37, Kelantan), Eza (Ezanoni Hadjeli, 32, Sarawak), Lilly (Lily Fazlena Mukhayen, 32, Johor) dan Nasyiha (Nur Nasyiha Hamid, 32, Kedah). Ini diikuti Nurul (Nurul Faida Abdul Razak, 34, Pahang), Qurnia (Aida Kurniah Sulaiman, 31, Selangor), Sally (Salila Mohd Zaini, 37, Johor), Siti ( Dr. Siti zainab Mohd Zini, 40, Kuala Lumpur) dan Watie (Rosnawati Bachok, 37, Johor).
 Nasib para peserta ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan seratus peratus oleh pihak juri dan penilaian dibuat mengikut tiga kriteria utama iaitu keyakinan diri, keluasan pengetahuan am serta personaliti menarik. Ratu Rania bakal dikendalikan oleh pengacara dan pelakon popular Dynas Mokhtar sebagai hos.
 Sebagaimana yang sedia maklum, Rozita Che Wan dan Ziana Zain adalah duta untuk dua produk hasilan Safi Rania iaitu Safi Rania Gold dan Safi Rania Diamond.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog