“Selepas apa yang berlaku ini (kontroversi), tidak mungkin saya akan buat majlis resepsi di Malaysia,” ujar Bront Palarae saat diajukan mengenai tarikh majlis persandingannya oleh pihak media. “Saya tidak mahu perkara ini menjadi lebih sensasi dan sebab itu saya merancang untuk mengadakan majlis persandingan kami di Hatyai, Thailand saja.
Majlis tersebut akan diadakan InsyaAllah pada penghujung tahun ini.” Berkongsi mengenai kehidupannya selepas bergelar suami, pelakon ‘Psiko Pencuri Hati’ ini memberitahu kehidupannya kini lebih terurus apabila ada insan bergelar isteri di sisi.
Pelakon berusia 34 tahun ini turut memberitahu berasa janggal apabila mula-mula bergelar suami namun mengakui perkahwinan ini menjadikan dia lebih matang serta bertanggungjawab,” ujar Bront yang sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai bapa.
“Mengenai perancangan keluarga, saya serahkan segalanya kepada kuasa Allah. Apapun, saya bersedia untuk menjadi seorang bapa dan doakan saya agar memperoleh cahaya mata cepat,” ujar Bront. Bront atau nama sebenarnya Nasrul Suhaimin Saifuddin mendirikan rumahtangga pada 31 Ogos lalu di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Ditanya mengenai identiti serta keistimewaan isterinya, pelakon berbakat ini lebih selesa untuk tidak mendedahkan perkara tersebut. “Cukuplah saya berkongsi yang isteri saya merupakan kenalan lama sejak zaman persekolahan lagi. Dia hanya orang biasa yang berkerja dalam bidang pengiklanan. Saya tertarik dengan sikap sederhana yang ada pada dirinya. Dia juga menepati kualiti seorang isteri serta bakal ibu kepada anak kami,” tegas Bront.
Menyentuh mengenai perkembangan karier seninya, Bront bakal tampil dengan sebuah super telefilem berjudul, ‘NY Cinta’ terbitan Regal Way Marketing Sdn Bhd. ‘NY Cinta’ menyaksikan Bront bergandingan dengan Liyana Jasmay dan bakal disiarkan secara eksklusif mulai 12 September 2013 di saluran Astro First.
0 ulasan:
Catat Ulasan