Inspirer AF 2013, Faizal Tahir, akui terkejut apabila Sani diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir pada minggu pertama konsert AF2013 yang berlangsung pada Sabtu. "Semasa saya membuka sampul untuk mengumumkan pelajar yang tersingkir, saya sebenarnya tidak menjangkakan langsung bahawa ianya adalah Sani memandangkan dia adalah diantara peserta yang saya lihat mempunyai potensi.
"Sejujurnya, jika kami, tenaga pengajar berbincang mengenai pelajar-pelajar AF, ada dua tiga orang yang kami sangat risaukan dan Sani tidak termasuk dalam senarai tersebut.." ujarnya ketika ditemui pada konsert pertama AF2013. Menurut Faizal lagi, Sani merupakan salah seorang pelajar yang agak rapat dengannya dan dia juga amat menyukai sikap Sani yang gemar bertanya dan dia juga amat berpuas hati dengan persembahan Sani pada malam tersebut.
"Selain itu, dia juga adalah seorang yang suka bertanya, paling rajin buat ' homework', dan saya sangat suka dengan sikap yang sebegitu. "Jika dilihat dari persembahan juga, Sani bukanlah yang paling teruk, malah persembahannya penuh dengan keyakinan, saya harap, selepas ini Sani akan teruskan perjuagan untuk bergelar anak seni dan saya bangga dengan dia."ujarnya lagi.
Faizal juga berharap supaya masyarakat lebih berfikiran terbuka untuk mengundi dan membuat pemilihan dengan lebih baik untuk melahirkan seorang bintang.
0 ulasan:
Catat Ulasan