Pelakon Fouziah Ghous,30, berterus-terang hanya mengambil masa tiga untuk membuat keputusan menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati Zhafran Dato' Yusof, 30, pada 21 September ini. Bagaimanapun, Fouziah memaklumkan perbincangan ini telah pun mula dilakukan sewaktu dia disakan menjadi tunang Zhafran pada 1 Jun lalu.
"Tujuan kami cepatkan tarikh kahwin kerana kami mahu semua ahli keluarga berada pada majlis berkenaan. Kami pun buat keputusan 3 minggu sebelum ini. Pada mulanya memang kami nak buat majlis kahwin pada hujung tahun ini. "Namun, disebabkan adik perempuan Zhafran tiada pada waktu itu, jadi kami nekad membuat keputusan untuk berkahwin pada 21 September ini.
Pada 22 September, adik Zhafran dah kena pulang ke United Kingdom untuk menyambung pengajian. "Sebenarnya, kami dah planning untuk pilih tarikh kahwin sejak bertunang lagi. Pun begitu, kami tidak pernah buat perbincangan khusus tentang pemilihan tarikh kahwin. Kami buat pun demi menghormati adik Zhafran. Yang penting sekali, saya nak semua ahli keluarga ada," katanya pada sidang media pengumuman tarikh kahwin di Nas Great Idea, Seri Kembangan.
Mengulas lanjut mengenai persiapan menjelang hari perkahwinan, Zhafran mengakui mempunyai masalah untuk menempah kad jemputan kahwin. "Memandangkan kami buat keputusan ini pada saat-saat akhir, maka kami akui ada masalah untuk mencetak kad kahwin. Namun, nasib baiklah ada laman kadkahwin.com. Masalah ini dapat diselesaikan dengn mudah dan mereka pun bersetuju untuk menaja.
"Terus-terang, kebanyakan persiapan kami telah diserahkan kepada wedding planner kami iaitu Nas Great Idea. Namun, ada juga yang kami buat sendiri seperti pemilihan material untuk baju Fouziah. Pada mulanya, saya dan Fouziah bercadang ke Indonesia untuk membeli barang persiapan seperti kad kahwin. Tetapi, disebabkan semuanya dah lambat, jadi akhirnya kami batalkan saja hasrat itu.
"Apapun, kami bersyukur segalanya yang kami mahukan semuanya ada di Malaysia. Yang penting, kami percaya dengan orang kuat bagi majlis ini. Walaupun lambat, mereka dapat selesaikan semua masalah dengan baik sekali," ujar Zhafran. Pasangan ini bakal dinikahkan pada 21 September di Masjid Bukit Jelutong selepas waktu Isyak.
Manakala majlis resepsi pertama bakal diadakan pada 29 September di Marriot, Putrajaya. Majlis bertandang pula akan diadakan di kediaman Zhafran di Bukit Jelutong pada 5 Oktober ini.
0 ulasan:
Catat Ulasan