Pelatun lagu Ada Untukmu, Nubhan Ahamad tidak mahu menjelaskan lebih lanjut mengenai tuduhan yang mengatakan dia mengamuk tanpa sebab terhadap seorang kakitangan di sebuah syarikat telekomunikasi, baru-baru ini.
Sebaliknya, dia menyatakan bahawa keadaan tersebut adalah hak dia sebagai seorang pelanggan. "No comment. Sebolehnya saya tidak mahu ulas panjang akan hal ini. Saya tidak mahu besarkan isu ini. Apa yang boleh saya katakan, saya datang sebagai pelanggan.
Jadi, penjelasan saya cukup ringkas. Customer is always right. Harap ia terjawab mengenai tuduhan ini," ujarnya. Dalam pada itu, Nubhan mengakui sewaktu hadir ke syarikat telekomunikasi berkenaan, dia hadir bersama wanita yang juga kekasihnya.
"Malu nak cakap pasal ni. Ye, saya sudah ada kekasih. Cukuplah sekadar saya menyatakan dia orang biasa. Saya sudah bersama dengan dia selama 4 tahun. Dia sangat sesuai dengan saya kerana dia mempunyai minat yang sama.
"Maaf, saya tidak boleh memberitahu namanya tetapi dia masih lagi belajar dan dia juga adalah perunding kecantikan," jelas Nubhan.
0 ulasan:
Catat Ulasan