12 September 2013

Posted by jinson on 12.9.13 No comments

Radio Televisyen Malaysia (RTM) telah mengemukakan permohonan maaf di atas ralat berkenaan penyiaran logo Polis Diraja Malaysia melalui RTM yang dipercayai disiarkan pada Selasa 10 September 2013. Menurut sumber berita, RTM memandang serius insiden itu dan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Norhyati Ismail berkata laporan polis untuk memulihkan imej Jabatan Penyiaran telah dibuat.
 Difahamkan permohonan maaf itu disiarkan dalam Berita Nasional 12 tengah malam pada hari yang sama. Turut dilaporkan surat rasmi memohon maaf kepada Ketua Polis Negara (Tan Sri Khalid Abu Bakar) juga telah dihantar. Dalam pada itu, RTM turut menggantung dan menamatkan perkhidmatan individu yang terlibat dalam insiden berkenaan.
 Mengenai kesilapan pada penyiaran tersebut, pada bahagian bawah logo PDRM dilihat tertera “Polis Raja Di Malaysia” dan bukannya Polis Diraja Malaysia. Video laporan permohonan maaf RTM

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog