12 September 2013

Posted by jinson on 12.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Pelakon Syazwan Zulkifli kesal ada peminat sengaja mencetuskan spekulasi konon dia menjalin hubungan istimewa dengan Nabila Huda selepas mereka terbabit dalam kemalangan di Lebuh Raya Karak, Ahad lalu. Syazwan yang memandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) pada hari kejadian, mempersoalkan motif peminat menyebar dakwaan itu sedangkan mereka keluar bersama kerana memenuhi komitmen tugas. Menurutnya, dia dan Nabila berada di Kuantan bagi memenuhi permintaan Astro yang mahu mereka mempromosikan drama Jodoh Itu Milik Kita pada program jelajah Gempak Astro. “Lagipun ini bukan kali pertama kami pergi ke mana-mana lokasi bersama. Cuma nasib tidak baik apabila kami ditimpa kemalangan. “Hanya kerana kemalangan itu, peminat sesuka hati membuat spekulasi sedangkan kami memang akrab. Saya mula berkawan dengan Abil sejak dia baik dengan Johan. Takkanlah disebabkan kami terbabit dalam kemalangan, dengan mudahnya kami dituduh bercinta,” katanya. Syazwan berkata, dia bertambah kesal apabila ada pihak menuduhnya mabuk ketika kemalangan itu berlaku. “Secara logik, takkanlah saya mabuk pada siang hari apatah lagi saya membawa nyawa orang dalam kereta,” katanya yang mengaku masih dirundung rasa bersalah kerana menyebabkan anak Nabila, Keisha Laila, cedera dalam kemalangan itu. Pelakon yang mula mengecap populariti menerusi drama Juvana ini juga bercadang mahu mengajak Nabila berjumpa dengan keluarganya untuk memohon maaf secara peribadi, apabila keadaan sudah reda nanti.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog