12 September 2013

Posted by jinson on 12.9.13 No comments
.
Selepas menjalin hubungan cinta selama tujuh tahun dengan teman wanitanya, pelakon Azam Pitt mengambil keputusan untuk mengikat tali pertunangan pada 3 November depan.
 Memetik kenyataan di mStar online, pelakon berusia 7 tahun itu berkata, dia mengambil keputusan tersebut kerana sudah bersedia untuk berumah tangga selain yakin wanita berkenaan adalah pilihannya yang tepat. "Kami sudah bercinta selama tujuh tahun dan sudah tiba masanya hubungan kami melangkah ke tahap seterusnya.
 "Dia juga sangat memahami saya dan sentiasa menyokong saya semasa susah dan senang. Dia adalah pelengkap hidup saya," katanya yang turut memaklumkan majlisnya nanati akan diadakan di kediaman keluarga wanita berusia 24 tahun itu di Kota Samarahan, Sarawak.
 Dalam pada itu, Azam menolak tanggapan dia ingin bertunang kerana mahu menutup gosip yang mengatakan dirinya seorang gay.
 Jelas Azam, dia tidak perlu membuktikan apa-apa kepada orang lain kerana apa yang lebih penting bakal tunang dan keluarga kedua-dua belah pihak tahu niat baik mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog