12 September 2013

Posted by jinson on 12.9.13 No comments
Kredit foto Faisol Mustafa.
Setelah lapan bulan melayari bahtera rumah tangga bersama suami tercinta, pelakon Liyana Jasmay bersyukur kerana hidupnya kini lebih bahagia. Malah Liyana mengakui kehadiran suaminya di sisi banyak mengubah sikapnya dalam pelbagai hal dan situasi.
 "Alhamdulillah, saya sekarang lebih bahagia. Suami juga banyak mengubah sikap saya sebenarnya. Suami saya jenis yang kalau dia tak suka sesuatu perkara apa yang saya buat dia akan tegur, beri nasihat dengan cara yang sangat baik kepada saya. "Kalau dia marah, dia marah yang cara baik.
 Dia tak jerit-jerit. Seperkara yang saya sedar, saya boleh terima apa saja yang dia tegur atau minta saya ubah sikap saya. Kalau dulu, saya ni jenis susah nak terima apa yang orang cakap tentang saya. Susah nak terima teguraan orang. Tapi bila dengan dia, saya boleh pula terima.
 "Misalnya, kalau saya post gambar yang nampak macam 'nakal' sikit di Instagram, dia akan tegur. Dia selalu nasihatkan saya supaya jangan membazir. Sebab saya ni kalau pesan makanan, memang suka banyak-banyak lepas tu tak habis. Dia selalu sabarkan saya, sebab saya ni jenis yang memang tak sabar.
 Selalu nak cepat jer. Tapi dia cool dan releks saja dalam apa-apa hal", kongsi Liyana mengenai kehidupannya kini ketika ditemui paada sidang media drama Sahabat, bertempat di The Gardens, kelmarin. Liyana atau nama sebenarnya Liyana Datuk Jasmay, 25, bernikah dengan ahli perniagaan Fathuddin Hj. Mazlan, 28, pada 2 Februari lalu di Hotel Seri Pasific, Kuala Lumpur.
 Selepas berkahwin Liyana mengkiut suaminya berpindah ke Sabah dan berulang-alik ke Kuala Lumpur demi tuntutan kerjaya seninya. Tidak hanya menjadi 'pengkritik' setia, kata Liyana, Fathuddin juga banyak memberi sokongan terhadap apa juga yang ingin dilakukan dalam kerjayanya.
 Selain, dia mengakui mereka masih lagi dalam proses saling memahami antara satu sama lain. "Suami saya adalah satu anugerah yang bermakna. Dia penyokong kuat saya. Dia sokong apa saja yang saya nak buat. Macam, saya nak terlibat dalam fesyen, dia sokong.
 Saya nak buat produksi, dia sokong. Malah dia bersedia nak bantu saya selagi dia mampu. Begitu juga dengan saya yang sentiasa akan bantu dia bila-bila masa yang diperlukan.

.
"Seperkara yang saya belajar, perkahwinan ni adalah tentang memahami antara satu sama lain. Kami masing-masing punya kualiti diri yang berbeza. Juga ada kelemahan masing-masing. Bukan la kata kami ni baik sentiasa, ada juga gaduh-gaduh.
 Tapi kami saling cuba menyesuaikan diri antara satu sama lain", katanya yang turut mendedahkan suaminya itu juga seorang yang cukup suka mengusiknya. Dalam perkembangan lain, Liyana sedang menantikan filem lakonanya iaitu Tokan yang dijangka di tayangkan dalam tahun ini.
 Serta dua lagi filem untuk tahun depan berjudul Isyarat Cinta dan Sindiket. Selain itu dia juga bakal muncul dalam drama bersiri Sahabat. Memengang watak sebagai Haneez, drama tersebut berkisar suka duka, ragam dan konflik antara tujuh sahabat dan dalam masa sama masing-masing mahu mengejar cita-cita mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog