Lewat petang semalam peminat dikejutkan dengan berita pelakon Nabila Huda dan anaknya, Keisha mengalami kemalangan lewat di Lebuhraya Karak. Difahamkan dua berana itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari menjayakan sebuah program anjuran Astro di Kuantan, Pahang. Kenderaan pacuan empat roda (4WD) yang dinaiki mereka bersama seorang pemandu terbalik akibat kemalangan tersebut.
Khabar angin bertebaran mengatakan Keisha telah tercampak keluar dari kenderaan ketika kejadian tersebut. Bagaimanapun ayahnya menerusi status di Twitter menafikan perkara itu dan berkata Nabila Huda memaklumkan Keisha berada dalam kereta sepanjang kejadian. Dalam salah satu status Twitter bekas suami Nabila Huda itu juga ada mengatakan yang Keisha mengalami patah tangan akibat kemalangan itu namun tiada berita tentang kecederaan yang dialami oleh Nabila Huda. Namun kedua dua mereka di’laporkan selamat.
Menerusi beberapa status Zaidy Zailani menerusi laman Twitter, beliau nampaknya tidak dapat menahan geram apabila mengetahui anak kesayangan’nya terlibat dengan kemalangan dan turut menulis beberapa ayat pesanan buat bekas isterinya, Nabila Huda.
0 ulasan:
Catat Ulasan