9 September 2013

Posted by jinson on 9.9.13 No comments
Selebriti Maya Karin memang rajin terbang ke luar negara untuk bercuti dan satu destinasi yang kerap di kunjungi ialah kota metropolitan, London. Kebetulan adiknya, Irina bekerja sebagai seorang peguam di sana dan jika ada masa kelapangan pasti Maya Karin akan terbang ke sana untuk menjenguk. Menerusi laporan Harian Metro mengatakan Maya Karin sudah pun membeli sebuah kediaman di tengah-tengah kota itu dengan nilai melebihi RM2 juta. Baru baru ini juga Maya Karin ada pulang ke London dan kongsikan sekeping gambar menerusi akaun Instagram beliau & menulis “…just arrived at my other home. London for a week again”

.
Laporan akhbar itu juga menyebut yang kediaman ini di beli oleh Maya Karin bersama adiknya yang masih bujang. Dengarnya sehingga ke hari ini, Maya Karin sendiri sudah mempunyai beberapa aset hartanah di Damansara, Kuala Lumpur & Terengganu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog