Pelakon Wan Sharmila mendedahkan dia mempunyai kekasih barunya dengan menyiarkan gambar zaman kanak-kanak kekasihnya itu, di laman Instagram. Niat awal sekadar untuk berkongsi cerita di laman sosial namun akhirnya telah disalahertikan sekaligus gambar itu telah mencetuskan kontroversi.
Ada yang membuat andaian bahawa kekasihnya orang kenamaan dan tinggal di London. Padahal semua dakwaan itu tidak tepat sama sekali. "Saya tidak senang kalau timbul isu yang boleh mengganggu hubungan kami.
Dan saya juga tak boleh duduk diam jika ada anasir luar yang cuba merosakkan hubungan kami. Sebenarnya saya mahu menjalani hubungan istimewa tanpa ada sebarang masalah. Salahkah saya berkongsi kebahagiaan yang sedang dinikmati dalam Instagram saya sendiri?.
Mengapa perlu ada pihak tak berpuas hati melihat kebahagiaan saya? Apa salah saya sehingga tak boleh ada teman lelaki? Mungkin disebabkan cerita-cerita hitam saya sebelum ini yang menyebabkan masyarakat berterusan memandang serong terhadap saya. Tapi adilkah saya diperlakukan sebegitu?", katanya. Bagaimanapun Wan Sharmila enggan mengulas lanjut tentang identiti teman lelakinya itu.
Namun tidak menafikan lelaki yang dikenali sebagai D itu adalah hadiah daripada Tuhan yang cukup istimewa untuk dirinya. "Saya hanya boleh beritahu kekasih saya berpangkal nama D. Itu saja. Yang selebihnya saya betul-betul minta maaf. Hubungan kami terlalu awal untuk dihebahkan. Bimbang pula kalau ada apa-apa perkara yang berlaku di kemudian hari.
Tapi saya berjanji kalau sudah okey dan cukup masa saya akan kongsi secara terbuka. Sebenarnya saya bersyukur kepada Allah sebab doa saya termakbul untuk bertemu dengan seorang kekasih yang menghargai, menyayangi dan sentiasa ada dalam apa juga keadaan.
Saya menganggap D adalah hadiah Tuhan kepada saya. Cukup istimewa dan kalau boleh saya tak mahu mencalarkan hatinya. Sebab itu saya agak keberatan untuk mendedahkan hubungan kami buat sementara waktu ini", katanya.
0 ulasan:
Catat Ulasan