Penyanyi Hazama mengakui sedang mengenali hati budi seorang pemain violin profesional yang dikenali sebagai Genervie Kam sejak empat bulan lalu. Bercakap kepada mStar online, Hazama berkata, persahabatan yang terjalin diantara mereka itu sedang menuju ke arah percintaan dan enggan menyorokkan perkara itu daripada pengetahuan peminat walaupun tidak selesa berbuat demikian. "Benar saya sedang berkawan rapat dan mengenali hati budi Genervie sejak empat bulan lalu dan sedang ke arah percintaan namun masih diperingkat awal. "Ia masih terlalu awal untuk diperkatakan kerana hubungan ini masih lagi baru walaupun kami sudah lama mengenali antara satu sama lain," katanya. Hazama mengulas mengenai laporan sebuah akhbar mingguan pada Ahad yang mengatakan dia dan Genervie sentiasa menghabiskan masa bersama dan keluar bersama. Tambah Hazama, dia seboleh-bolehnya tidak mahu mengembar-gemburkan cerita peribadinya untuk tatapan umum namun menyedari dirinya milik masyarakat dia perlu berterus terang. Jelasnya, dia tidak mahu menipu tentang statusnya yang pada kemudian hari akan merosakkan karier seninya. "Saya seorang yang berterus terang dan tidak suka menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan peminat jika ia benar kerana saya sedar kedudukan sebagai seorang selebriti. "Tetapi pada masa sama saya tidak mahu ia terlalu mendapat perhatian sehingga kerjaya saya tenggelam dengan kisah-kisah peribadi," tuturnya. Sementara itu, Hazama berkata, dia selesa berkawan dengan Genervie kerana sifat wanita itu yang matang dan berkongsi minat sama terutama muzik.
9 September 2013
Posted by jinson on 9.9.13
No comments

Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Popular Posts
-
Setia Hujung Nyawa - Biodata Nelydia Senrose | Sekarang, pelakon yang pernah membintangi drama Spa Q suatu masa dahulu sudah pun menjadi pop...
-
KUALA LUMPUR, 25 JULAI 2013: Dialah AidiJuita pujaan hati. Kadangkala timbul, namun ada waktunya tenggelam hilang entah kemana tatkala naman...
-
Jika Murai Batu membuka akhbar tempatan di bahagian sukan, nama Tunku Mahkota Johor iaitu D.Y.A.M Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ism...
-
Kebiasaannya saya akan puji pelakon atau ahli sukan apabila berbicara tentang paras rupa. Jarang sekali saya akan puji anak kepada jejaka y...
-
Dalam industri seni tanah air, tidak ramai pelakon kanak-kanak yang mampu bertahan hingga dewasa. Kalau ada pun, bilangannya boleh diki...
-
Yang DiPertuan Agong serta Permaisuri sering kali akan mencemar duli pada setiap Malam Penutupan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarab...
-
Pelakon remaja, Finie Don kemalangan teruk di Cyberjaya - Seorang pelakon remaja, Finie Don yang merupakan kakak kepada Fimie Don terlib...
-
Keputusan sama ada pengacara Ajieb Rosdi bakal berduet dengan kumpulan Ladies Code atau Girls Day masih belum diketahui lagi. Namun, s...
-
KUALA LUMPUR: Seorang pelakon popular 80-an didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas empat pertuduhan menipu dengan menyam...
-
Tidak habis lagi tentang isu hangat perkahwinan kedua Ashraf Muslim dan Wan Sakinah. Semalam muncul seorang individu baru di rancangan Melo...
Senarai Blog Saya
-
-
Isteri bekas bintang NFL curang?11 tahun yang lalu
-
Richard Gere and Carey Lowell Separate: Reports11 tahun yang lalu
-
-
Arkib Blog
-
▼
2013
(2091)
-
▼
September
(484)
-
▼
Sep 09
(8)
- Tanda Putera; A Prejudiced View Of History.
- Zamboanga Attack; Malaysia Goes On Security Alert.
- Malay Bible Not 'Authentic' Christian Holy Book, S...
- Hazama Akui Rapat Dengan Pemain Violin.
- Jejaka Bernama D' Tawan Hati Wan Sharmila.
- Jalin Hubungan Sulit: Adi Putra Akui Tertekan.
- Maya karin Beli Rumah Lebih 2 Juta Di London.
- Nabila Huda Dan Anak Kemalangan- Bekas Suami Berang?
-
▼
Sep 09
(8)
-
▼
September
(484)
0 ulasan:
Catat Ulasan