21 September 2013

Posted by jinson on 21.9.13 No comments
.
Pelakon dan aktivis teater, Mislina Mustaffa tidak mengambil peduli tuduhan kononnya dia tidak percaya kepada agama (free thinker) sejak video wawancaranya yang mempersoalkan mengenai agama Islam tersebar sebelum ini.
 Mislina, 40, berkata, dia tidak pernah membuat sebarang kenyataan untuk mengesahkan mengenai dakwaan tersebut dan meminta masyarakat tidak mengkritiknya tanpa mengetahui situasi sebenar.
 "Saya tidak pernah ambil tahu apa yang orang ingin katakan mengenai saya kerana itu tidak penting. Begitu juga dengan isu tidak percaya pada agama.
 "Orang yang membuat tuduhan itu tidak sepatutnya berbuat demikian kerana mereka tidak layak untuk menjatuhkan hukum tanpa menyiasat perkara sebenar," jelasnya.
 Mislina baharu sahaja melancarkan buku pertamanya berjudul Homeless by Choice iaitu cacatan tentang pengalamannya hidup tanpa rumah dan sebagai gelandangan selama 630 hari. Ia dijual dengan harga RM40.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog