Setelah putus tunang dengan lelaki terkacak Australia, penyanyi penuh kontroversi Miley Cyrus nampaknya sudah menemui pengganti baru iaitu producer rekod beliau, Mike WILL Made It.
Kira macam Miley bercinta dengan bos sebab Mike, 24 tahun, sedang menghasilkan album baru Miley, Bangerz. Khabar angin mula muncul apabila majalah Star membuat spekulasi tentang hubungan istimewa antara Miley dan Mike dan nampak semakin rancak apabila jurugambar Terry Richardson membuat penggambaran dengan Miley dan Mike yang nampak sangat mesra.
Mungkin mereka hanya berkawan baik, kerana lelaki dan perempuan boleh sahaja berkawan dan tidak menaruh perasaan terhadap satu sama lain. Namun sekiranya betul, Miley boleh contohi hubungan romantik P.Diddy dan Cassie.
0 ulasan:
Catat Ulasan