Nampaknya kemenangan Nina Davuluri,23 sebagai Ratu Amerika yang baru, telah mendapat maklumbalas berbaur perkauman daripada sebilangan masyarakat di Amerika Syarikat (AS).
Semuanya kerana Nina Davuluri mempunyai latar belakang dari negara India daripada ibu-bapanya yang telah berhijrah ke AS sejak 30 tahun lalu. Menerusi laman Twitter, ramai yang menganggap pemilihan Nina Davuluri itu kurang sesuai kerana latar belakangnya, malah ada juga yang menganggap dia merupakan seorang pengganas dari sekutu Al-Qaeda.
Lebih menyedihkan lagi kerana ramai yang tidak berpuas hati apabila bukan penduduk asli negara berkenaan di pilih untuk mewakili AS ke pertandingan peringkat dunia tidak lama lagi. Menerusi pertandingan yang diadakan di Atlantic Ocean pada 16 September lalu, Nina Davuluri telah memberikan persembahan memberangsangkan bersama tarian Bollywood, sekali gus memberi kelebihan buatnya untuk membawa pulang gelaran Ratu Amerika.
Bercakap kepada pihak media ketika sidang media acara berkenaan, Nina Davuluri berkata dia sering menganggap dirinya sebagai seorang rakyat Amerika walaupun keluarganya merupakan imigran sebelum dia lahir lagi. "Saya amat berbangga kerana penganjuran acara ini menggalakan kepelbagaian. Saya juga amat berterima kasih kerana kanak-kanak yang menonton di rumah dapat menerima saya sebagai Ratu Amerika yang baru," katanya.
Sementara itu ketika muncul untuk program Good Morning America, graduam dari Michigan University itu berkata dia berasa sangat bertuah kerana dapat mewakili golongan wanita India-Amerika dengan pengiktirafan berkenaan. Katanya, pengalaman membuat persembahan dengan menunjukan bakat semulajadinya di hadapan penonton dan juga keluarga pada pertandingan berkenaan, telah menyebabkan dia menitiskan air mata kehibaan.
"Ketika di saat separuh perjalanan pertandingan ini, saya mula menangis kerana ianya merupakan pengalaman yang cukup menakjubkan terutama apabila berada di atas pentas Ratu Amerika. "Apatah lagi apabila membuat persembahan secara langsung di dalam televisyen dan mengetahui rakan-rakan serta keluarga saya menonton rancangan ini," katanya dengan penuh kegembiraan dan merendah diri
0 ulasan:
Catat Ulasan