7 Julai 2013

Posted by jinson on 7.7.13 No comments
Shocking! Mariah Carey Miming Di Live Show
Diva pop, Mariah Carey telah diselar serta dikecam hebat oleh peminatnya di laman sosial Twitter setelah mereka menyedari bahawa dia telah menyanyi secara lip-sync di BET Awards. Ketika itu, penyanyi yang hit dengan lagu Hero ini sedang membuat persembahan dengan Miguel dan Young Jeezy menerusi lagu terbarunya, Beautiful dengan mengenakan busana cantik berona putih dan perak dengan berlatar belakang backdrop berwarna emas pada Ahad lalu. Persembahan penyanyi berusia 43 tahun itu yang mengecewakan itu telah menyebabkan fans yang setia berasa marah, lalu menggunakan laman sosial media untyuk melahirkan kekecewaan mereka dengan mendakwa bahawa Mariah hanya sekadar miming pada malam itu. Salah seorang peminat menulis bahawa ibu kepada pasangan kembar ini sepatutnya tidak patutnya berhenti menggerakkan bibirnya sebelum lagu yang dipersembahkannya itu selesai seandainya tidak mahu peminat nampak bahawa dia sedang melakukan lip-sync terhadap lagu itu. Manakala, Brittany Landers mengomel: "Mariah Carey is forever lip synching #overrated #youreembarrassing." Seorang lagi peminat iaitu Mariah Facini menghantar posting tweet bahawa dia tidak faham mengapa Mariah Carey harus datang ke BET awards, sedangkan dia asyik melakukan persembahan lip-sync.

Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog