KUALA LUMPUR , 7 JULAI 2013: Tidak berniat untuk mengguris hati pelakon, Hanez Suraya, sebaliknya penyanyi, Shila Amzah terkejut bagaimana gosip cinta yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi, Awi Rafael baru-baru ini boleh timbul. Shila Amzah berkata gosip itu tidak sepatutnya timbul di saat pasangan Hanez Suraya dan Awi Rafael baru sahaja melalui proses putus cinta. "Terus-terang bila terbaca gosip ini saya agak terkejut dan tertanya-tanya apa tujuan gossip ini timbul, malah rasa agak sakit hati juga. Malah, ianya seolah-oleh seperti ada unsur negatif seperti hendak melaga-lagakan saya dengan orang lain. "Namun sebenarya saya tidak kisah atau ambil peduli selagi cerita itu tak datang daripada mulut saya. Cuma saya rasa ianya timbul dalam masa yang agak tidak sesuai kerana mereka baru sahaja putus cinta. Malah ia akan menimbulkan tanda Tanya daripada ramai pihak. "Saya faham perasaan Hanez bagaimana rasanya melalui proses cinta, hatinya pasti akan lebih sakit apabila mendengar gossip ini. Yelah, sepatutnya waktu ini dia perlu diberikan kata-kata semangat. Saya harap dia kuat," katanya kepada murai.com.my selepas majlis Pra Dengar Album terbarunya berjudul Shila Amzah di Red Box Plus, Pavilion, petang semalam. Shila Amzah diminta mengulas mengenai gossip yang timbul apabila Murai Batu ada mengatakan cinta antara Awi dan Shila pernah berputik suatu ketika dahulu ketika masing-masing sedang solo. Malah sebelum Shila bercinta dengan pelakon Sharnaaz Ahmad. Ditanya mengenai hubungan sebenar yang terjalin diantaranya dan Awi, Shila memberitahu mereka pernah berkawan dan berkolaborasi dalam sebuah persembahan pada 2 tahun yang lalu. "Saya jadi tak faham dan sakit hati mengapa orang kaitkan saya dengan Awi,sedangkan saya dengan dia tidak pernah ada hubungan cinta pun sebelum ini. "Saya cuma mengenali dia selepas saya baru sahaja lepas putus cinta dengan seseorang dan ketika itu saya mencari pasangan untuk berduet dalam persembahan yang saya mahu adakan ketika itu. "Ianya berlaku 2 tahun yang lalu, bermula Dripada situ kami berkawan dan dia juga seorang yang open minded serta senang untuk berkongsi cerita mengenai kerjata seni kerana dia juga seroang singer songwriter. "Hubungan kami tidak lebih daripada seroang rakan biasa. Malah, sejak daripada itu kami tiada pun berhubung antara satu sama lain," jelasnya lagi. Album baru terbitan syarikatnya sendiri, Shila Amzah Entertainment Berhad (SAEB itu, memuatkan lima buah lagu kesemuanya yang dicpta sepenuh olehnya. Lima buah lagu tersebut adalah Sedar, Masih Aku Cinta, Cinta Hati, Tulus dan Maaf
Categories: ALAHAI
0 ulasan:
Catat Ulasan