7 Julai 2013

Posted by jinson on 7.7.13 No comments



KUALA LUMPUR 7 Julai - Penyanyi Nurul Wahab bakal menimang anak lelaki apabila bersalin kelak. Dia yang sedang hamil enam bulan setengah, membuat pengumuman tentang jantina bayi yang dikandung pada konsert akhir program Ceria PopStar di Astro, Bukit Jalil di sini hari ini. Nurul yang merupakan juri tetap program tersebut dijadual bersalin pada 15 Oktober depan. "Alhamdulillah, sewaktu saya pergi melakukan imbasan untuk mengetahui jantina bayi dua minggu lalu, doktor mengesahkan bayi yang saya kandung adalah lelaki. "Saya gembira sangat kerana bakal dapat anak lelaki, lagipun Ayu Nazirah (anak) memang nak adik lelaki. Harap saya dan bayi sihat sehingga bersalin nanti," katanya tersenyum. Bagi meraikan kegembiraan tersebut, Nurul dan suami Eric Depp akan pergi ke Perancis pada malam esok untuk bertemu dengan mertuanya. Pasangan itu akan menyambut Ramadan di sana sehingga 22 Ogos ini.
Categories: ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog