7 Julai 2013

Posted by jinson on 7.7.13 No comments
Elecoldxhot Dipilih Sebagai Juara Showdown 2013



KUALA LUMPUR, 7 JULAI 2013: Kemuncak pertandingan realiti Showdown 2013 berakhir malam tadi dengan Kumpulan Elecoldxhot muncul sebagai juara bagi kategori utama All Star. Dalam pertandingan akhir yang berlangsung dari Stadium Negara pada malam Sabtu itu, Elecoldxhot telah menewaskan saingan terdekat mereka, Katoon Network dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM75,000 disamping mendapat wang perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat antarabangsa bernilai RM125,000. Manakala Katoon Network yang bergelar naib juara pula pulang dengan hadiah wang tunai RM30,000. Satu lagi finalis yang bertanding dalam kategori All Star ialah Rejuvenate Dance Crew yang hanya mendapat tempat ketiga. Sementara itu, kumpulan 5=1 pula telah menjuarai kateogri Terbuka dengan membawa pulang RM50,000 serta wang perbelanjaan ke pertandingan tarian peringkat Asia bernilai RM50,000. Naib juara iaitu Inversion meraih wang tunai sebanyak RM20,00. Dua lagi kumpulan yang bersaing dalam kategori Terbuka ialah Keynectix dan Le'z. Kategori Junior pula menyaksikan kumpulan Walawei muncul juara dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 dan tempat kedua dimenangi oleh Fresh Unity Crew (RM5000). Kumpulan Stay Cool pula mendapat tempat ketiga pulang tanpa sebarang hadiah. Program yang diadakan secara langsung menerusi saluran 8TV menyaksikan enam penari antarabangsa popular menjadi juri jemputan dalam program pertandingan tersebut. Juri-juri tersebut ialah Sheena Vera Cruz dari Filipina manakala YNOT, Junior Boogaloo, Bboy Full Deck, Mr Wiggles dan Jay Smooth dari Amerika Syarikat.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog