LOS ANGELES, 7 JULAI 2013: Bapa Beyonce, Mathew Knowles telah pun berkahwin semula. Kali ini dengan seorang bekas model iaitu Gena Charmaine Avery pada 30 Jun lalu di Houstan, Texas.
Sebelum itu, bekas pengurus kepada Beyonce yang berusia 61 tahun ini ini telah pun mengikat pertunangan bersama Gena Charmaine Avery,48, selama setahun setengah. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan bapanya, Mathew Knowles berkata, kedua-dua anak perempuannya iaitu Beyonce, 31, and Solange, 27, tidak dapat menghadiri perkahwinannya.
"Malangnya pada hari berkenaan, Beyonce dan Solange terpaksa menghadiri majlis lain yang kebetulan diadakan serentak dengan majlis perkahwinan saya. Disebabkan itu, agak mustahil untuk mereka datang ke majlis perkahwinan saya ini," katanya. Knowles yang juga pengurus di Music World Entertainment mual berhenti menguruskan kerjaya seni anak perempuannya pada Mac 2011.
Dalam pada itu, Beyonce yang juga isteri kepada Jay_z memberitahu bahawa dia langsung tidak menyimpan rasa dendam terhadap tindakan bapanya untuk berkahwin lagi. "Saya berpisah dengan bapa saya dari sudut bisnes.
Tapi, walau macam mana pun, dia tetap bapa saya dan saya amat menyayangi bapa saya sepenuhnya. Saya bersyukur kerana dia banyak membimbing dan mendidik saya. Saya membesar dan melihat bagaimana dia dan ibu saya, Tina Knowles mengendalikan dan membuka perniagaan masing-masing.
"Mereka adalah usahawan yang sangat bekerja keras. Saya pasti akan mengikuti jejak langkah mereka," katanya. Mathew Knowles menceraikan ibu Beyonce dan Solange's mother iaitu Tina pada 2011 selepas 31 tahun mendirikan rumahtangga.
Categories: ALAHAI
0 ulasan:
Catat Ulasan