KL, 24 JUN 2013: Di awal pembabitan figura ini dalam industri perfileman, produser yang berbudi bahasa ini telah dilabelkan kontroversi. Namun, kontroversi tersebut bukan lahir di atas sikap peribadinya. Sebaliknya kategori itu diberikan kepadanya kerana beliau sering saja tampil dengan hasil karya yang unik dan menimbulkan kemarahan segelintir penonton.
Apapun, Murai Batu mendapat tahu, rezeki produser yang juga pengarah ini semakin melimpah luah dan tidak menang tangan untuk mengarah dan menerbitkan banyak drama baru, Kalau tidak percaya, lihat saja di kaca TV, terlalu banyak cerita yang menggunakan namanya sebagai pengarah.
Yang penting, baru-baru ini produser ini telah meluahkan perasaan. Namun, bukan soal cinta tetapi soal industri seni hiburan tempatan. Dengarnya, produser ini tidak berpuas hati apabila banyak penggiat seni tempatan suka sangat melaksanakan tugasan mengikut kepuasan sendiri tanpa memikirkan permintaan industri.
Dalam erti kata lain, produser ini mendakwa banyak produser lain dan pihak produksi di Malaysia terlalu bekerja mengikut kroni, Akibat terlalu banyak kroni, produser ini agak tersepit dan tidak boleh menggunakan formula baru. Mungkin juga, ia membuatkan industri kita tidak boleh berkembang luas.
Yang penting, Murai Batu bersetuju dengan pendapat produser berkenaan. Kroni menjadi salah satu punca industri kita agak lambat berkembang.
Categories: Berita
0 ulasan:
Catat Ulasan