24 Jun 2013

Posted by jinson on 24.6.13 No comments




                            




Gara-gara bergambar dengan memakai pakaian seragam polis, seorang model telah dikenakan hukuman penjara selama sembilan bulan selepas gambar berkenaan tersebar melalui internet. Hakim mensabitkan Wang Xiaomeng, 23, atas tuduhan menyamar sebagai polis wanita. Hukuman penjara ke atas Xiaomeng bagaimanapun ditangguhkan. Gambar yang tersebar melalui internet itu menunjukkan dia duduk di atas katil sambil memakai pakaian kemeja polis yang ketat bersama seluar dalam. Dalam satu lagi aksi, dia membuka butang baju, hingga menampakkan colinya yang berwarna hitam. Gambar itu bagaimanapun diambil bagi mempromosikan novel terbaru mengenai pegawai penyiasat baru. Xiaomen kemudiannya telah tweet imej berkenaan dalam laman web Weibo. Dia kemudiannya telah menarik balik imej berkenaan selepas Weibo menerima 14 aduan mengenainya manakala blognya pula menerima lebih 200 komen. Menurut Beijing News, Xiaomen berpindah ke Beijing selepas menamatkan persekolahan, lima tahun lalu.
Categories: ,

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog