24 Jun 2013

Posted by jinson on 24.6.13 No comments


KUALA LUMPUR, 24 JUN 2013: Dalam keprihatinan orang terhadap bencana jerebu yang kini melanda negara kita, ramai juga yang mohon pencerahan terhadap satu kisah tragis dua insan yang pernah bercinta ini. Murai Batu memilih untuk terus mengunci diri d irumah sebab takut sesak nafas dek jerebu. Tetapi awas ye, jangan ingat sebab jerebu Murai Batu terlepas pandang hal-hal membaca gaya dan gerak geri anda. Kalau dah kata Murai Batu, datanglah taufan, petir biar pun malam kelam, mata Murai Batu tetap cerah lagi-lagi jika ada gosip yang hadir ke telinga. Bebel pun tak guna sebab sepanjang mana pun Murai Batu membebel tetap tidak akan membuatkan Hanez Suraya dan Awi Rafael kembali bersama. Agak terkejut juga bila terbaca cerita ini. Iya lah, baru sahaja baru-baru ini Awi datang untuk Artis Chat di pejabat Murai. Bukan main lagi dia bercerita mengenai kekasih hatinya ketika itu yang kini sudah menjadi sejarah. Melihat kepada respon daripada Awi Rafael sebaik saja menerima perpisahan yang diminta Hanez, jejaka kelahiran Singapura ini ada meletakkan status di laman sosial Twitter yang ditujukan khas kepada Hanez. "Sy sentiasa doakan utk Hanez, semoga bulan ramadhan yg akan dtg ini membawa ketenangan dan rahmat pada kamu sekeluarga. Amin dan goodbye." "Sebagai tanda hormat kpd Hanez krn dia adalah wanita, saya tiada comment utk dikongsikan. Biarlah sy bercerita hanya melalui lagu2 saya" "Fokus sy skrng adalah kpd ibu yg semakin tua, dan kembara seni sy yg masih jauh.Doakan utk Awi, insha'allah.Tq semua sokong, dari mana jua". Berikut adalah luahan hati daripada Awi Rafael di Twitternya dan Murai Batu dapat merasakan dia seperti sedikit kecewa disitu. Tetapi seakan merelakan ketentuan, Awi juga kedengaran seperti redha walaupun terpaksa melepaskan cinta hatinya itu. Itu penilaian Murai Batu sahajalah. Bukan mahu mengeruhkan keadaan, sekadar berkongsi pendapat melalui apa yang Murai Batu rasa. Jangan tak tahu, masa belajar dahulu Murai Batu ada masuk kelas psikologi tau. Kalau setakat nak baca lenggok bahasa, gerak geri ini dalam tangan je. Jangan nak kelentong I okay! Tapi apa-apa pun keputusan telah dibuat Hanez dan Awi juga merelakan demi menjaga nama baik serta reputasi kedua mereka yang senantiasa jadi perhatian. Iyalah, yang satu ini memang disebut-sebut bakal menjadi pelakon popular dan yang lagi seorang memang hebat dan galak berkarya melalui lagu-lagunya. Masing-masing punya perjuangan tersendiri dalam arena seni. Tak gitu? Kalau jodoh tu tak kemana kan? Apa-apa pun Murai Batu doakan yang terbaik buat kalian berdua. Hati dan perasaan lahir sendiri tanpa paksaan. Kalau dipaksa nanti dah jadi Tipah Tertipu pula, menipu diri sendiri demi kepentingan peribadi. Falsafah sakan pula Murai Batu kan? Itulah, I cakap I belajar psikologi dulu uols tak percaya. Sekarang percaya tak? MURAI BATU: Dengar-dengar Dato' Fazley Yaacob tak lama lagi boleh jadi doktor psikologi dah. Psikologi tak sama dengan psikiatris tau, yang itu untuk mereka yang sakit gila! Oopsss!
Categories:

0 ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts

Arkib Blog